Erma Fatima terima madu, demi kebahagian Bade!

Pada: Rabu, 8 Oktober 2014
Agak mengejutkan apabila Erma Fatima telah memuatnaik gambar dia bersama madunya Aida Abdul yang juga isteri ke-2 suaminya, Bade Azmi.

Ini sekaligus, memberikan gambaran yang jelas dimana Erma menerima kehadiran orang baharu di dalam kehidupan sehariannya dan gosip mengenai bakal bercerai telah terkubur.

Memetik portal Bharian, Erma redha dengan kehidupannya sekarang dan ikhlas asalkan Bade bahagia.
"Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

"Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu,

"Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta.

"Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

"Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia.

"Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta,

"Saya mahu ikhlas menerima dia (Aida) sebagai adik demi kebahagiaan mereka," katanya.

Tag : , , , , , , ,