Dia bukan tahu pun hutang bapa dia.. - Den Wahab

Pada: Jumaat, 3 Oktober 2014
Kemelut percakaran fakta oleh ND Lala dengan Shila Amzah terhadap Den Wahab mengenai hutang ND Lala yang didakwa belum dijelaskan makin parah.

Tiada kata sepakat atau perbincangan untuk mendamaikannya. Sindiran dari Shila juga melalui laman sosial membuatkan Den Wahab menjadi lebih cool bukan sebaliknya gabrah.

(atas) Keratan akhbar tahun 2012 yang lalu..
“Biarlah dia nak komen apa pun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui,”

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa pun. Kalau bapanya tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba.

“Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” - Den Wahab petikan HarianMetro.

Tag : , , , , , ,