Dakwa Rita, Aidil pakai Mercedes CLS350, gaji RM50k

Pada: Khamis, 2 Oktober 2014
Isu bekas isteri kepada pemain bola Sepak Aidil Zafuan iaitu Rita Rudaini belum lagi ada titik noktahnya. Berhubung tuntutan nafkah tertunggak RM300,000 yang dianggap tidak masuk akal sebelum ini.

Terkini apabila Rita memberitahu yang bekas suaminya itu mendapat gaji lebih RM50,000 sebulan dan mampu untuk membayar tuntutan nafkah berkenaan bahkan bersangkutan pula dengan kegagalan Aidil untuk memberi sebarang nafkah dari Januari 2012 sehingga bulan Ogos 2013.
“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”

“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” -Rita

Tag : , , , , , , , ,