Almy dituduh sombong dan berlagak sebab...

Pada: Rabu, 8 Oktober 2014
Gosip panas yang dilemparkan kepada pelakon Almy Nadia adalah seseuatu yang keterlaluan. Terbaru dia dituduh oleh pengikutnya di laman sosial dimana bersikap sombong di sebuah restoran terkenal.

Almy menafikan hal itu kerana dia tidak mengenali orang itu dan ketika itu jugalah dia bersama suaminya, Fizz Fairuz untuk makan malam.

Untuk penjelasan mungkin peminat yang harus tegur artis, tidak mungkin artis mahu tegur semua orang yang ada disitukan.

Memetik portal mStar, Almy merasa terkejut dengan tindakannya itu.

"Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong.

"Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ," -Almy
Dan ini pula status terbaru Almy yang meminta maaf jika ada dia buat silap dan salah.
"Assalammualaikum .. minta maaf awal2 yer.. bukan nak burukkan sesiapa tapi dia dah burukkan nama saya dan suami..Nak tumpang tanya adik yang bernama @fatensahaja ..Bila saya berlagak? Sy dtg kedai makan untuk isi perut.

"Jadi mana salahnya? Saya tahu saya artis tapi takkan lah nak sapa semua orang kat kedai makan tu nanti orang kata gila pulak,betul?? Apa sebab awak kata saya berlagak yer??? Saya tak kenal awak langsung dan tak ingat pun kat mana awak duduk?? Motif keluar dalam Instagram kata saya berlagak? Nak glamor ker??," -Almy 

Tag : , , , , , ,