Aidil SMS 'Jangan Gatal' kepada Rita Rudaini!

Pada: Selasa, 14 Oktober 2014
Perang laman sosial dan beberapa bukti text telah menjadi bualan diantara bekas suami isteri, Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan sepertinya tiada kesudahan yang baik.

Terbaru pengakuan Rita menerusi sisipan BHarian, mengakui pernah menerima mesej SMS berbunyi 'jangan gatal' pada bulan April yang lalu.

Selain bukti itu, Rita juga ada menyimpan bukti yang bekas suaminya itu bermain kayu tiga dengan isterinya sekarang sebelum mereka berkahwin.

"Bayangkan kalau saya dapat mesej dari telefon bimbit suami berbunyi amaran Jangan Gatal, apa yang boleh saya katakan. Saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.

"Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi Jangan Gatal itu.

"Saya pun jadi takut nak balas mesejnya kerana bimbang pula dituduh nak mengacau rumah tangga orang. Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej Jangan Gatal itu membahasakan diri dengan I,

"Saya memang ada bukti mereka bersandiwara dengan saya selepas enam bulan dia keluar dari rumah. Tapi saya simpan saja bukti itu.

Saya pernah tunjuk kepada dia dan dia sendiri tertunduk malu. Saya tak mahu cakap kosong," -Rita

Tag : , , , , , , , ,