Tahniah Zed Zaidi kini Presiden, Lisa Surhani AJK Seniman

Pada: Isnin, 29 September 2014
Tahniah kepada pelakon, Zed Zaidi yang kini kembali bergelar Presiden Seniman. Zed mendapat 109 undian untuk bergelar Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 persatuan itu semalam.

Pesaing Zed, Datuk Mustapha Maarof (71 undi) dan Afdlin Shauki (66 undi) gagal untuk menewaskan Zed. Adat menang dan kalah itu sudah pasti, kali ini Zed diberi kepercayaan semula setelah beberapa lama melepaskan jawatan itu akibat krisis dalam Seniman beberapa bulan yang lalu.

1000 ahli Seniman dilaporkan portal mStar telah menghadiri Mesyuarat itu.

Senarai penuh:

Timbalan presiden : Zack (Kool)
Setiausaha Kehormat : Zahrin Ishak
Penolong Setiausaha Kehormat : Rena Tan
Bendahari : Vanidah Imran
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) : Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.
Juruaudit : Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli

Tag : , , , , , , , , , , , , ,