Saya tiada no. telefon Zara! - Fahrin

Pada: Rabu, 10 September 2014
Fahrin Ahmad mengakui yang dirinya kini masih solo dan tidak mengakui yang bercinta dengan mana-mana perempuan.

Memetik portal mStar, hubungan Fahrin dengan mana-mana artis wanita sering kali disalah tafsir.

Zara Zya adalah pelakon yang disebut-sebut mempunyai hubungan intim dengan Fahrin, namun Fahrin akui dia tidak memiliki nombor telefon Zara untu dihubungi.
"Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

"Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu,'

"Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

"Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung," -Fahrin

Tag : , , , , , ,