Sabhi Saddi timang anak ke-2 (gambar)

Pada: Rabu, 10 September 2014
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Sabhi Saddi yang telah menimang anak ke-2 nya pada 4 September yang lalu. Memetik portal Bharian, isteri Sabhi, Rosi Aswani selamat melahirkan anak mereka itu di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam.

Anak berjantina perempuan itu dilahirkan sekitar jam 11.30 pagi dengan berat 3.3 kg.
"Saya sebenarnya berharap dapat anak lelaki kerana yang anak sulung sudah perempuan. Tapi tak mengapa, yang penting keadaan anak kedua saya sihat walafiat. Alhamdulillah seperti anak sulung, Sofea Reesya, anak kedua pun dilahirkan normal.

"Insya-Allah selepas isteri habis berpantang, kami bercadang nak adakan majlis aqiqah," Sabhi

Tag : , , , , ,