Raja Farah kecam gosip bercerai dengan suami!

Pada: Jumaat, 12 September 2014
Gosip yang melanda Raja Farah yang dikatakan sudah tidak sebumbung aka cerai dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum adalah sesuatu yang tidak berasas dan mengaibkan.

Gosip ini timbul apabila Raja Farah jarang ditemani suaminya apabila menghadiri apa-apa jenis majlis.

Namun Raja Farah menegaskan yang dia dengan suaminya masih lagi mengekalkan hubungan yang cukup bahagia sebagai suami isteri namun tidak menafikan adat resam bergaduh di dalam rumahtangga.

Mengikut info, Raja Farah jarang berlakon sejak berkahwin pada 2010 yang lalu.

"Saya tidak tahu bagaimana cerita tentang rumah tangga saya boleh dijaja oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kami.

"Bohonglah kalau kami tidak pernah bergaduh tapi tidak sampai bergaduh besar hingga ingin berpisah seperti yang diperkatakan.

"Saya harap sangat spekulasi cerita tentang peribadi dan rumah tangga saya ini tidak diperkatakan lagi,"

"Saya datang ke majlis hiburan sendirian atau bersama ibu saya kerana suami bekerja di Pulau Perhentian, Terengganu, manakala saya tinggal bersama keluarga di Shah Alam (Selangor).

"Mungkin kerana perkara itu membuatkan ramai pihak mula mempertikaikan status rumah tangga kami,"

"Suami saya marah kerana gosip macam ni melampau dan mengaibkan kami. Kami tidak ada apa-apa masalah pun tetapi dituduh yang bukan-bukan.

"Sejak daripada dulu lagi ketika kami berkahwin pun orang tuduh saya sudah mengandung sebelum nikah, walhal sampai sekarang saya belum dikurniakan anak," -Raja Farah petikan portal mStar

Tag : , , , , ,