Ozlyn isteri Johan hamil 8 bulan (gambar)

Pada: Isnin, 29 September 2014
Tip tup, isteri Johan, Ozlyn kini hamil anak ke-4, sudah 8 bulan dan menurut portal mStar akan dijangka bersalin pada awal bulan November 2014 nanti.

Menurut doktor walaupun sudah membuat scanning, tapi jantina belum dipastikan lagi 100%, namun Ozlyn mengharapkan ianya bayi perempuan.

"Setiap kali buat imbasan, jantina kandungan saya tidak boleh dikenal pasti. Tetapi kata doktor, ia berkemungkinan besar adalah perempuan.

"Dan bila doktor cakap macam itu, saya pun mengharapkan anak perempuan memandangkan sudah ada tiga anak lelaki.

"Tetapi itulah, doktor dah pesan, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pula. Apa-apapun moga doa saya termakbul, yang penting anak saya sihat dan sempurna," -Ozlyn

Tag : , , , , , , , , ,