Malam AF, Seluar Zizan nampak 'anu' nya!

Pada: Khamis, 11 September 2014
Zizan Razak mengejutkan beberapa pemerhati terutama peminatnya. Ini berikutan seluar yang dipakainya ketika menjadi host program realiti Akademi Fantasia 2014 baru-baru ini telah menampakkan 'anu' nya.

Zizan akui dan perasan akan hal itu namun tidak mengambil berat sehinggakan kecoh di alam siber memperbincangkan mengenai hal demikian.

“Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya,”

“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.

“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,

“Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?

“Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat,

“Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.

“Cuma saya memang tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu (kelmarin) termasuk skrip dan kandungan program,” -Zizan

Tag : , , , , , , , , ,