Majlis 'Pelancaran iPhong 7' oleh Shila, ND Lala

Pada: Jumaat, 26 September 2014
Baru-baru ini dua beranak tampil membuat kenyataan media mengenai kemelut yang melanda mereka berdua, Shila Amzah dengan ayahnya, ND Lala berhubung isu media Melayu dan hutang Den Wahab. Agak pelik pada mulanya sidang media ini, kerana terdapat slide untuk dibentangkan selain daripada mikrofon yang wajib ada.

Sudah diketahui yang sidang media itu gagal sepenuhnya kerana Shila dan ND Lala sepertinya menghentam serangan pribadi kepada sesetengah wartawan hiburan. Sepertinya tiada nada-nada yang Shila dan ayahnya itu meminta maaf, namun dengan prinsip yang tinggi menyarankan agar wartawan mematuhi etika kewartawanan.

ND Lala juga menyediakan slide yang tertera kronologi beberapa bukti, anaknya itu difitnah oleh segelintir wartawan. Ini menimbulkan lagi rasa tidak senang wartawan yang hadir, walhal ramai media melayu yang tidak menghadiri 'pelancaran' ini, sebagai bukti awal, mereka sudah muak dan memboikot dua beranak ini.

Disamping itu, ND Lala juga turut mencabar Den Wahab agar membawa kes hutangnya itu ke mahkamah jika benar seperti yang didakwannya. 


“Kepada Kak Pora, Den Wahab dan sesiapa sahaja yang buat fitnah ini, sila lakukan laporan polis. Dakwa saya dan kita berhadapan. Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan,“ kata ND Lala.

Tag : , , , , , , , , ,