Kamal Adli berbohong? isu putus cinta Intan Ladyana

Pada: Rabu, 3 September 2014
Minggu lepas Intan Ladyana telah akui yang hubungan dia dengan kamal Adli telah putus dan kenyataan itu dikeluarkan Intan kepada beberapa media.

Namun Kamal yang ditemui berasa terkejut dan tidak mengetahui akan kisah putus itu.
"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

"Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru,

"Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir (25 Ogos) dan tiada apa nak dibincangkan lagi,"
Agak pelik apabila Kamal telah memuatnaik gambar mereka bersama bercuti pada hari Khamis minggu lepas. Namun perkara ini tidak diketahui Intan, dan Intan sudah tidak lagi follow bekas kekasihnya itu.

Tag : , , , , , , , ,