Jep Sepahtu sudah punya kekasih hati? pelakon baru?

Pada: Khamis, 25 September 2014
Dengar khabar Jep Sepahtu kini tengah bercinta dengan pelakon jelita. Memetik sumber daripada portal Murai, gosip ini berlaku apabila Jep keliahtan bersama pelakon jelita berkenaan ketika berada di sebuah medan selera baru-baru ini.

Dengarnya juga, mereka hanya berdua di meja berkenaan setelah diamati dengan teliti. Keadaan semakin mencurigakan, mereka kelihatan amat mesra sekali dengan ketawa dan makan bersama.

Tidak tahu ianya kekasih atau rakan baiknya untuk keluar makan. Tambahan lagi, pelakon jelita itu dipercayai seorang pelakon baharu dalam dunia hiburan tempatan.

Baguslah kalau Jep bercinta, semoga selepas itu, Jep boleh mendirikan rumahtangga yang diidam-idamkannya selama ini.

Tag : , , , ,