Jamal Abdillah tunaikan fardu Haji (2 gambar)

Pada: Sabtu, 27 September 2014
Alhamdulillah. Datuk Jamal Abdillah diberitakan akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah fardu Haji. Beliau kelihatan di KLIA Sepang untuk berlepas ke sana.

Kelihatan anak-anaknya serta rakan-rakannya yang sempat bersama-sama untuk kepergiannya. Difahamkan memetik portal BHarian, Jamal berada di sana selama 16 hari.

Jamal tidak ditemani sesiapa, dia pergi dengan agensi yang menguruskan pakej yang diambilnya itu.

Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Tag : , , , ,