Isu Zaquan, Iqram untuk promosi LBS3?

Pada: Isnin, 15 September 2014
Dengarnya kemelut yang melanda Zaquan Adha suami kepada pelakon, Ayu Raudhah dengan Iqram Dinzly berhubung dengan filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) dimana Zaquan berang atas tindakan dan aksi Iqram di dalam filem berkenaan terhadap isterinya adalah sebuah publisiti murahan atau promosi untuk menarik penonton menonton filem berkenaan.

Dengarnya juga, ramai yang mahu menonton untuk hanya melihat aksi Iqram terhadap Ayu Raudhah yang mendatangkan kemarahan Zaquan.

Memetik portal Kosmo!, pengarah filem berkenaan, Sharad Sharan menafikan hal itu dan ianya terjadi di luar penglibatan mereka di dalam set pengambaraan.

Tidak. Saya tidak rasa ini satu strategi untuk mencari publisiti. Lagipun, sebagai pengarah saya tidak akan benarkan mereka membuat publisiti seperti itu. Ini kerana LBS3 sudah memiliki penyokongnya yang tersendiri. Buktinya, kami sudah memiliki hampir 900,000 pengikut di laman sosial Facebook.

Disebabkan itu, kami menampilkan lagu dendangan Yuna berjudul Lautan sebagai runut bunyi dalam filem ini. Saya percaya penonton pasti akan berpuas hati ketika menyaksikan filem ini. -Sharad

Tag : , , , , , ,