Isu kecam media Melayu, pengurus Shila Amzah tidak dibayar gaji?

Pada: Selasa, 23 September 2014
Isu Shila Amzah mengecam media Melayu beberapa hari lalu berhubung konsertnya, memang ada yang tidak kena. Bahkan kenyataan itu sepatutnya tidak keluar dari mereka yang berprofil tinggi.

Namun memetik portal Utusan, seorang pengurus konsert Shila itu menarik diri atas alasan tidak mampu untuk menguruskan media Melayu. Selain dia ditempelak kerana gagal memastikan tulisan disiarkan dalam setiap akhbar tempatan. Dia juga merasa tidak puas hati dengan pengurusan konsert Shila yang mengenepikan peranannya di dalam konsert berkenaan dan merasakan tindakannya tidak diperlukan melainkan mengikuti kemahuan pengurusan konsert itu.

Pengurus konsert selalunya orang yang berpengalaman dan kualitinya baik kan. Mungkin tindakan dia mahu menjaga hubungan baik dengan media Melayu dan pelbagai pihak media. Iyalah, mana tahu lepas ini ada konsert lagi yang diuruskannya.

Bahkan yang paling menyedihkan, pengurus berkenaan tidak dibayar gajinya lagi dari pengurusan Shila Amzah. Adakah ini kerana terlupa mahu membayar? atau satu tindakan dari pihak pengurusan terhadap orang bawahannya?

Semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman.

Tag : , , , ,