Hati Raja Azmi sudah tawar dengan suaminya!

Pada: Rabu, 17 September 2014
Dengarnya rumahtangga Raja Azmi dan suaminya, Eddie dalam keadaan goyah. Mereka dikatakan berselisih faham antara satu sama lain. Namun biasalah, rumahtangga mana yang tidak dipukul ombak, pergaduhan kecil/besar tetap akan berlaku.

Sumber yang boleh dipercayai itu telah menyampaikan maklumat berkenaan namun tidak dipastikan di tahap mana kegoyahannya itu. Namun Raja Azmi yang ditemui menafikan hal itu, dan menegaskan yang dia dengan suami baik-baik sahaja.

“Namun setakat ini kami masih suami isteri dan belum sampai ke tahap berpisah. Cuma hati saya sudah tawar. Tak perlulah saya jelaskan apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Biar saya simpan dulu sampai masa yang sesuai nanti.”

“Kami sedang memberi ruang kepada satu sama lain memperbaiki dan mempertimbangkan setiap aspek sebelum buat keputusan. Jangan tuduh rumah tangga kami bermasalah sebab isu duit sebab ia tak ada kena mengena langsung. Eddie menjalankan tanggungjawabnya untuk nafkah saya sehabis baik.”

“Cuma adalah hal peribadi yang berlaku dan saya tak bersedia lagi untuk berkongsi dengan masyarakat.” -Raja Azmi

Tag : , , , , , ,