Fitri AF2 dan tunangnya.. (4 gambar)

Pada: Khamis, 18 September 2014
Fitri AF 2 difahamkan sudah bertunang dan akan menamatkan zaman pertunangannya itu pada tahun hadapan. Tunangnya yang dikenali sebagai Nurulih muda 7 tahun dari Fitri.

Nurul merupakan graduan UiTM dalam kursus fesyen. Mereka bertunang pada 5 Syawal yang lalu.


“Kami telah bertunang pada hari raya ke-5 yang lalu dan InsyaAllah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Tak pasti lagi bila, sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tapi saya akan maklumkan kelak.

“Pada awalnya, keluarga saya hanya datang bertemu keluarganya di Kuantan untuk merisik, tetapi selepas berbincang dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, kami mengambil keputusan untuk terus bertunang.

“Bagi saya biarlah majlis perkahwinan saya itu nanti ringkas tetapi apa yang penting agar ianya akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila,” -Fitri petikan portal Murai

Tag : , , , , ,