Ayu Raudhah serik untuk berlakon, Iqram minta maaf!

Pada: Khamis, 11 September 2014
Semalam berlaku pergaduhan perang laman sosial diantara, Zaquan Adha dengan Iqram Dinzly gara-gara selepas menonton filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) babak yang tidak disenangi Zaquan mengenai isterinya, Ayu yang dipukul.

Memetik portal Bharian, Ayu tidak menafikan perkara itu (dipukul) namun mengakui yang Ayu trauma akan aksi-aksi yang ditonjolkan di dalam filem ini.
"Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

"Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya 'dipukul' dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.

"Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok,"

"Memang kebanyakan babak membabitkan saya dengannya memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak perlu dirakamkan semula kerana saya tak tahan dipukul.

"Trauma juga dengan setiap babak itu. Tapi bila tengok hasil babak yang dilakukan, ia nampak cukup mengesankan padahal ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ada ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa.

"Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai,"

"Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama (minta maaf). Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.

"Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi," katanya.
Iqram yang ditemui tampil dengan kenyataan gentleman dengan meminta maaf kepada pihak yang terlibat.
"Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga.

"Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya 'naik syeh' hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila.

"Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini," kata Iqram.

Tag : , , , , , , , ,