Awas! pengikut Chef Wan bakal di blok!

Pada: Rabu, 17 September 2014
Perkara yang membuatkan kita rasa jangal apabila seseorang yang rapat dengan kita telah 'unfriend' atau blok disebabkan beberapa perkara yang membuatkan dia merasa tidak selesa dengan cara kita berkomen.

Begitu kesudahan cerita buat Chef Wan yang dia telah blok hampir 10 orang pengikut sehari gara-gara penyampaian komen mereka yang tidak selesa buatnya, ini termasuk kesempatan untuk mempromosikan perniagaan mereka di ruangan komen.

Memetik laporan mStar, Chef Wan akui dia juga bertindak jujur untuk berbuat demikian walaupun terpaksa menerima hakikat ada orang yang tidak menyukai tindakannya.

"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.

"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan,"

"Saya tahu, apabila saya bersuara seperti ini tentu ramai yang tidak suka tetapi ini kebenarannya.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat media sosial lebih banyak memberi impak negatif sedangkan ia boleh menjadi satu perkara positif dalam memberikan inspirasi kepada orang lain.

"Kebanyakannya media sosial menjadikan manusia membuang masa, suka menjaga tepi kain orang, bergosip, buruk sangka dan lebih teruk lagi menyebarkan fitnah sana sini," -Chef Wan

Tag : , ,