Anak Farah Asyikin suka dengar al Fatihah (5 Gambar)

Pada: Isnin, 29 September 2014
Ibu dan anak semakin berseri-seri keceriaannya. Farah Asyikin dan anaknya, Owais. Dengarnya perkembangan Owais juga semakin bertambah mengagumkan. Bahkan Farah juga mengingkan anaknya itu seorang yang mendalami ilmu agama dan menjadi anak yang soleh.

Mengikut perbualan di portal GUA, Owais sememangnya anak yang suka mendengar bacaan al Fatihah dan beberapa surah al Quran yang lain.
"Anak saya kini sudah pandai peluk cium dan sudah tumbuh gigi dua batang. Bagi saya Owais seorang yang mudah mesra dan suka tersenyum. Saya perhatikan, dia sangat teruja apabila mendengar bacaan surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kalau dia tak cuba ikut membaca, dia akan senyap untuk mendengar.

Satu lagi fakta tentang anak saya ialah, dia memakai saiz baju untuk bayi berumur enam bulan hingga 12 bulan. Saiz kecil daripada itu memang dia tidak muat kerana mempunyai rangka besar, mengikut daddy dia," ujar Farah. -Gambar : Farid Md Noh

Tag : , , , , , , ,