Amy Search nafi berjumpa Nabila, kekasih bincang soal kahwin

Pada: Khamis, 11 September 2014
Dengarnya Nabila Huda dengan teman lelakinya yang juga pemilik cafe terkenal sekitar Taman Tun Dr Ismail telah bertemu Amy Search untuk membincangkan mengenai urusan majlis perkahwinan mereka yang dirancangan dalam masa yang terdeka.

Namun memetik portal Murai, Amy menafikan pertemuan itu untuk membincangkan soal perkahwinan sebaliknya..
“Sejauh mana yang saya tahu memang diantara saya atau Abil sendiri kami belum lagi membuka mulut berbicara soal pasal perkahwinannya lagi. Dia pun tiada memberitahu pasal sebarang rancangan untuk mendirikan rumahtangga.

“Memang kami ada bertemu tetapi sekadar perjumpaan biasa untuk mengeratkan kembali hubungan saya dan Abil selepas beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini,”

Tag : , , , , , , ,