'Aku tak halalkan hutang kau ND Lala' - Den Wahab

Pada: Rabu, 24 September 2014
Agak mengejutkan apabila pengakuan Den Wahab berhubung hutang yang dipinjam oleh ND Lala sebanyak RM15,000 tidak pulangkan semula setelah 14 tahun yang lalu bersempena merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.

Kalau diperkirakan ND Lala merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam dunia MLM.

Dalam hal yang sama, Den tidak menghalalkan duit berkenaan, dan percaya kehidupan ND Lala kini tidak diberkati.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan,"

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," -Den petikan portal mStar

Tag : , , , , ,