Afgan akui tidak mempunyai kekasih hati!

Pada: Isnin, 15 September 2014
Penyanyi kacak dari seberang, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza yang kini berusia 25 tahun merupakan selebriti seberang yang berjaya memikat peminatnya di Malaysia.

Dia turut berada di sini untuk jelajah promosi albumnya. Terbaru di Shopping Mall dekat Kuching Sarawak.

Berbicara soal teman aka pacar pula, Afgan akui dia belum mempunyai lagi pacar walapun pernah bercinta satu masa dahulu.
"Saya pernah bercinta secara serius dengan beberapa wanita, tapi perkara itu tidak kekal lama. Bercakap mengenai kekasih, kalau boleh saya mahu kekasih saya bukan dari dunia hiburan. Memandangkan saya sendiri sebagai penyanyi, jika kekasih saya juga dalam bidang hiburan, pastinya masing-masing bakal sibuk dengan rencana kerjaya sendiri. Jadi biarlah dia tidak terlibat dengan industri seni,"

"Ciri-ciri gadis pilihan hati saya adalah dia mestilah seorang yang pintar. Dia juga harus mempunyai 'sense of humor'. Saya juga menyukai gadis yang mempunyai rambut panjang dan berkulit putih,"

Tag : , , , , , , ,