Abby Abadi minta balik duit dipinjam Farhan!

Pada: Selasa, 23 September 2014
Kemelut Abby Abadi dengan bekas suami, Noor Farhan belum lagi menemui jalan baik. Terbaru, Abby ingin meminta semula wang yang dipinjamkan kepada bekas suaminya itu atas urusan pembelian kereta ahli keluarga sebelah Farhan pada bulan April yang lalu.

Tanpa sebarang khabar berita dari Farhan mengenai pinjaman itu untuk dilunaskan, Abby membuat tindakan melaporkannya kepada pihak polis.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri,"

“Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini," -Abby petikan Harian Metro.

Tag : , , , , ,