10 Sen berkira sangat! - Abang Jihan Muse

Pada: Rabu, 24 September 2014
Bukan nak memburukkan nama baik Jihan Muse yang sudah besar memanjang ni, sebaliknya ianya berlaku ketika dia di zaman kanak-kanak lagi. Hal ini diakui oleh abang kandungnya sendiri, Wahiduzzaman dan rakan baiknya, Normala Alwi.

Menurut abangnya, Wahid yang memetik portal HarianMetro, Jihan merupakan seorang adik yang jimat cermat dengan menabung namun menyangkal adiknya itu tidak seorang yang lupa diri/asal usul.

Abangnya serta ahli keluarganya juga cukup bangga akan sikap Jihan dalam mengurus soal duit.

“Saya akui Jihan memang cekap dan pandai dalam soal mencari duit. Justeru, tak hairan apabila dia sangat berhati-hati ketika berbelanja dan hanya membeli apa yang dirasakan perlu.

“Sikapnya itu agak berbeza dengan saya yang berbelanja untuk kepuasan diri. Apapun, saya masih ingat kisah kami ketika zaman persekolahan dulu.

“Jihan sangat berkira soal duit dengan saya walaupun 10 sen. Sikapnya itu membuatkan saya menganggap dia (Jihan) seorang yang kedekut dan menjengkelkan,” -Wahid

Tag : , , , ,