Status pernikahan Rozana, Awie belum didaftarkan!

Pada: Isnin, 25 Ogos 2014
Agak memeningkan kes yang mengaitkan Awie dengan isterinya Rozana Misbun. Kali ini Rozana tampil dengan memberikan kenyataan pada hari Jumaat lalu di lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta ditemani oleg peguamnya.

Rozana akui terkejut apabila belum ada lagi sebarang perbincangan bercerai yang dilakukan diantara dia dengan Awie.
“Kami tidak pernah berbincang langsung untuk bercerai. Saya terperanjat kerana dia sangat sibuk mengenai hak penjagaan anak. Sedangkan semenjak saya keluar rumah, saya dan dia tidak pernah berbincang langsung mengenai hal rumah tangga atau anak. Kami belum berpisah pun, tiba-tiba sahaja keluar cerita mengenai hak penjagaan anak. Saya pun tidak boleh buat apa-apa kenyataan sehinggalah hari ini. Tetapi saya masih ingat yang setiap kali kami ada berselisih faham sebelum ini, dia selalu mengungkapkan perkataan ‘jangan sesekali ingin merebut anak’ kepada saya,

“Sudah hampir dua bulan saya tidak bertemu dengan anak-anak. Saya telefon pembantu rumah, dia mengatakan yang Awie tidak membenarkan dia melayan panggilan saya. Apabila saya hubungi pihak sekolah pula, mereka memaklumkan yang Awie telah menghantar surat di sekolah untuk tidak membenarkan saya mengambil atau bertemu anak. Jadi saya kena buat apa?,

“Selepas keluar dari rumah kira-kira dua bulan lalu, saya ada ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi permasalahan rumah tangga saya. Dari situ saya mendapat tahu yang perkahwinan saya dengan Awie tidak pernah didaftarkan di sini. Saya sangat terkejut kerana sebelum ini dia pernah mengatakan yang dia sudah mendaftar perkahwinan kami di negara ini,” -Rozana petikan portal GUA.

Tag : , , , , ,