Sasha Elite kini jadi model (16 gambar)

Pada: Isnin, 25 Ogos 2014
Dengarnya perkembangan terbaru penyanyi, Sasha Elite (Saidin) kini menjadi model. Mengikut info dari portal Murai, dia difahamkan terbang ke Padang, Indonesia untuk sebuah majlis pertunjukan fesyen.

Majlis itu adalah Islamic Fashion Festival (IFF) pada 25 hingga 28 Ogos. Sasha juga tampil dengan imejnya yang kini berambut putih perang.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili negara dan berpeluang bertemu rakan-rakan baru serta dapat menjelajah ke destinasi baru.

“Sebenarnya saya pernah menjadi model iaitu untuk menjayakan sesi fotografi majalah Wanita di Bukit Tinggi, Sumatera.

“Tet api ini adalah kali pertama saya akan bersama-sama IFF dan mengadakan pertunjukan fesyen di Padang, Indonesia” -Sasha

Tag : , , , , , , , ,