Rozita Che Wan mengalami pendarahan...

Pada: Jumaat, 22 Ogos 2014
Menurut khabar yang disampaikan oleh Zain Saidin melalui portal Bharian, Che Ta pernah mengalami pendarahan pada awal bulan Ramadan yang lalu kerana membuat kerja berat di rumah mereka.
"Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan.

"Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi.

"Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama.

"Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,"-Zain

Tag : , , , , , ,