'Photo pra dan tarikh perkahwinan' - Zizan Razak

Pada: Selasa, 26 Ogos 2014
Dengar khabar Zizan Razak menafikan yang dia dengan Emma Maembong telah membuat sesi photoshoot bersempena pra perkahwinan di negara matahari terbit, Jepun.

Namun penafian Zizan melalui komennya di portal mStar seperti mengiyakan kejadian itu berlaku.

Selain daripada tarikh perkahwinan mereka yang di war-warkan akan berlangsung pada bulan Januari tahun hadapan turut dinafikan oleh Zizan.
"Perkara itu (sesi fotografi pra-perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini,"

"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," -Zizan

Tag : , , , , , , ,