Mimi One Nation Emcess akan berkahwin dengan..

Pada: Jumaat, 29 Ogos 2014
Penyanyi dari kumpulan One Nation Emcees, Mimi akan berkahwin dengan seorang pensyarah dari sebuah IPTS tempatan.

Perkhabaran ini diakui sendiri oeh Mimi dan akan berangsung pada bulan Mac 2015 akan datang.

Mimi dan bakal suaminya sudah berkenalan sejak tingkatan 1 lagi.

“InsyaAllah jika tiada arah melintang kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun hadapan. Sekarang ini segala persiapan sedang kami jalankan.

“Terus-terang saya amat teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana seronok pula apabila melihat rakan sebaya yang lain yang sudah berkahwin dan punya anak sendiri,

“Kami sebenarnya sudah kenal sejak kami sama-sama usia 13 tahun lagi. Baru beberapa tahun ni kami mula rapat dan saya mula terpikat dengan sikap dia.

“Dia seorang yang tegas dalam kerja, dari situ saya sudah terpikat sebab saya rasa dia boleh membimbing saya satu hari nanti,” -Mimi, petikan portal Murai

Tag : , , , ,