Majalah 3 dikecam gara-gara gambar Allahyarhamah S. Aini

Pada: Jumaat, 29 Ogos 2014
Ada permintaan daripada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang meminta jangan mengeluarkan gambar tak berhijab jika dia sudah tiada.

Ianya ditujukan kepada semua media, blog, dan laman sosial untuk berbuat demikian sebagai menghormati permintaan Allahyarhamah
“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,”
Agak menyedihkan apabila siaran Majalah 3 telah menyiarkan laporan khas mengenai kisah hidup Allahyarhamah dan menyiarkan gambar-gambar lama Allahyarhamah (tidak bertudung).

Ianya mengundang kemarahan pelbagai pihak kerana menganggap TV3 tidak menghormati dan kurang peka permintaan Allahyarhamah.


Tag : , , , , , , ,