Intan Ladyana, Kamal Adli putus cinta setelah 6 tahun bersama!

Pada: Rabu, 27 Ogos 2014
Hubungan cinta yang dibina sejak 6 tahun oleh pasangan kekasih selebriti, Intan Ladyana dan Kamal Adli akhirnya terputus ditengah jalan.

Intan dan Adli telah membuat keputusan berpisah secara baik selepas Hari Raya yang lepas. Namun kenyataan yang dikeluarkan Intan kepada portal mStar dibawah ini telah memberikan kejutan kepada Kamal yang agak tidak menduga Intan memberikan kenyataan kepada media tanpa pengetahuannya.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,"

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," -Intan
"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” -Kamal

Tag : , , , , , , ,