Didie Alias akui hubungan dengan Enot renggang!

Pada: Jumaat, 29 Ogos 2014
Dengar berita hubungan Didie Alias dan Enot renggang aka tidak bersefahaman. Namun Didie akui sayangkan Enot dan sentiasa mengambil tahu perkembangan temannya itu yang kini menghidap kanser usus.

Didie memberitahu mengeluarkan kenyataan ini disebabkan ada kenyataan Enot melalui sebuah akhbar beberapa hari yang lalu dimana dia mengakui ramai kawan rapatnya kini menjauhkan dirinya.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia,"

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan,

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," -Didie petikan portal mStar

Tag : , , , , , , ,