Ayda Jebat nafi jadi keruh hubungan Zul-Gayatri

Pada: Sabtu, 30 Ogos 2014
Dengarnya hubungan pelakon, Zul Ariffin dengan Gayatri Su Lin Pillai ada masalah setelah beberapa gambar mesra dan juga hubungan mesra diantara Zul dengan pelakon Rindu Awak 200%, Ayda Jebat.

Bahkan laman sosial milik Ayda juga terdapat beberapa gambar mesranya dengan Zul. Dan ini semakin membuatkan hubungan Zul-Gayatri agak sedikit renggang apabila masing-masing meluahkan perasaan tersirat di laman sosial masing-masing.

Akui Ayda, dia tidak pernah menyibuk dan 'busy body' mengenai hubungan Zul-Gayatri, dan menegaskan hubungan dia dengan Zul sekadar untuk melariskan drama. -gambar RotiKaya
“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan. Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,“ kata Ayda petikan SinarHarian

Tag : , , , , , , , ,