Adira AF bertudung penuh 3 hari yang lalu. (3 gambar)

Pada: Khamis, 21 Ogos 2014
Dah ramai artis kita berhijrah kepada bertudung penuh, dan pastinya inilah yang kita nanti-nantikan. Seorang demi seorang sudah berhijrah namun ada masih yang di takuk lama.

Mungkin juga industri seni kita suatu masa nanti akan dibanjiri oleh artis-artis yang bertudung.

Tebaru, Adira AF telah bertudung penuh sejak awal hujung minggu yang lalu. Ia dibuat kerana keikhlasan hati tanpa ada siapa-siapa yang mendesaknya.


“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” -Adira

Tag : , , , , ,