Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira!

Pada: Rabu, 29 Januari 2014
Aik tiada angin kencang ribut, kini dikhabarkan yang dua aktress terkenal, Datin Paduka Umie Aida dengan Erra Fazira bertengkar. Dengarnya Umie sanggup membunuh Erra disebabkan dendamnya.

Memang agak mengejutkan juga apabila dapat tahu berita mengenai ini. Tapi korang rasa betul ke?

Memang lah tak betul, takkan lah ada orang nak terus terang nak bunuh seseorang secara public. Hehe. korang terkena beb.

Mereka sebenarnya berlakon untuk satu slot drama Ammara Batrisya yang berakhir semalam, 28 Januari. Rugilah sapa tak tengok, tapi jangan risau, korang boleh ke portal Tonton untuk melihat siaran ulangannya itu.

Drama 11 episod itu mengisahkan Umie sebagai Ammara yang dikatakan memiliki kejahatan selama dia berselindung dengan kebaikkannya kepada Erra (Batrisya).

Mengikut sinopsis ceritanya..
Dendam yang disimpan semenjak kecil membuatkan Ammara sanggup melakukan apa sahaja walaupun yang bersalah adalah Marliah, ibu Batrisya yang merampas kebahagiaan keluarga mereka. Batrisya diseksa dan dikurung setelah dia mengetahui segala pergerakkannya diperhatikan oleh Ammara melalui CCTV dan gambar-gambarnya memenuhi ruang dinding kamar rahsia Ammara yang turut menyimpan semut-semut kecil sebagai teman Ammara di rumah itu.

Ammara sanggup memberi arahan kepada pembantunya iaitu Judo untuk membunuh Mrs. Gia dan Nilam yang menjaganya selama dia berada di Australia untuk menjalani rawatan mentalnya.

Ammara sudah hilang arah dan sesiapa yang cuba menghalang misinya untuk menghancurkan keluarga Batrisya akan dibunuhnya termasuk Rayyan.

Tag : , , , , , ,