Tahniah! Ustaz Don Timah Cahaya Mata Sulung

Pada: Selasa, 21 Januari 2014
Tahniah kepada pendakwah dan personaliti TV, Don Daniyal yang difahamkan isterinya, Husna telah selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira semalam jam 10.25pm.

Anak itu dikatakan seberat 3.5 kilogram yang disahkan lagi oleh Don di laman Facebook miliknya. Dia dan isteri sekarang berada di Mesir atas urusan menyambungkan pengajian dan akan pulang ke tanah air pada hujung bulan ini.
"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," -Don

Tag : , , , , , , , ,