Syamsul Yusof Beli Rumah RM1 Juta Persedian Selepas Kahwin

Pada: Jumaat, 17 Januari 2014
Syamsul Yusof yang selamat merisik Puteri Sarah Liyana minggu ini adalah sesuatu yang memeranjatkan apatah lagi, mereka jarang digosipkan bersama.

Namun dalam persediaan menempuhi alam rumahtangga yang dijadualkan bulan depan, Syamsul dikhabarkan telah membeli sebuah rumah berharga RM1 juta.

Inilah salah satu kebaikan yang ada pada Syamsul, sudah bersedia sepenuhnya berumahtangga dengan kelengkapan tertentu dan paling menariknya, tidak melengahkan waktu perkahwinan.

Biasalah, jutawan muda yang semua orang dah tahu. Ayahnya, Datuk Yusof Haslam pula tidak tahu menahu mengenai pembelian rumah itu, namun berharap apa yang Syamsul lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya, rumahtangganya serta masa depannya kelak.
"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak,"

"Saya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing.

"Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan," -Yusof Haslam. Utusan

Tag : , , , , ,