Plat Nombor W1N Harga RM748,000!

Pada: Ahad, 26 Januari 2014
Hujung minggu ni kita bercerita mengenai orang luar pula, orang luar kali ni bukan calang-calang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berjaya mendapatkan nombor plat W1N (win) dengan harga yang membuatkan anda terbeliak biji mata, RM748,000.00!!.


Dengan bidaan tertinggi ini, maka tiada orang boleh tandingi harga berkenaan. Rata-rata mereka hanya mampu membida sehingga RM100,000 kebawah untuk nombor plat W2N sehingga W10N.

Dan yang paling terhebat sekali plat yang dikira paling mahal di Malaysia kini ini dilekatkan dekat kereta nasional tempatan, Proton Suprima S. Memang kegemaran Sultan Ibrahim akan menyokong kereta tempatan walaupun difahamkan dia memiliki pelbagai jenis kereta sport berharga jutaan ringgit.


Tag : , , , ,