Nina Iskandar dengan Anak Datuk K?

Pada: Jumaat, 24 Januari 2014
Pelakon yang masih lagi baru dalam dunia seni naugan MiG, Nina Iskandar yang juga pelakon filem Muka Surat Cinta kini semakin naik namanya. Nina yang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan anak Datuk Seri Khalid yang juga suami kepada Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid seakan-akan mahu menjawab dakwaan ini kepada umum.

Nina ditemui memetik portal MalaysianDigest.com mengakui yang Adib adalah peminatnya sahaja dan tidak lebih dari itu.

"Sebenarnya saya telah diundang ke majlis sambutan hari jadi Dato Siti, baru-baru ini. Itu pun bos saya Mr. David Teo maklumkan pada saya tentang jemputan itu pada saat akhir. Kebetulan saya tidak menjalani apa-apa penggambaran jadi saya ada kelapangan pada hari itu.

"Bila tiba di majlis itu, baru saya tahu yang anak Datuk K, Adib yang sebenar mengundang saya. Saya baru tahu yang dia minat saya. Itu kali pertama saya kenal dengan dia. Mungkin sebelum ini dia mengenali saya menerusi Instagram bos saya.

"Saya anggap dia sebagai peminat saya sama macam peminat lain. Tentang gosip mengatakan kami ada hubungan, bagi saya gosip tu biasa. Sebagai anak seni saya kena berdepan dengan perkara sebegini", -Nina

Tag : , , , , , ,