Fouziah Gous nafi dicop sebagai Penyombong dan Berlagak!

Pada: Jumaat, 24 Januari 2014
Fouziah Gous menafikan dirinya menyombong dan berlagak dengan mempamerkan kekayaan seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan. Isu itu timbul apabila dia sudah berkahwin dengan orang kaya, Md Zhafran. Memetik portal SinarHarian semalam, Fouziah memaklumkan, yang penulis itu sudah memohon maaf kepadanya.
"Saya sudah bertanyakan perkara ini kepada penulis itu dan dia telah memohon maaf kepada saya.

“Dengan hati terbuka, saya telah memaafkannya kerana saya tahu perkara tersebut sama sekali tidak benar.

“Mungkin ada kesilapan yang berlaku dan orang yang memberikan maklumat itu juga tersalah anggap tentang diri saya,

“Dulu saya bujang, jadi keluarga sudah biasa dengan gosip dan cerita tentang saya. Mereka juga sangat mengenali diri saya yang sebenarnya.

“Tetapi sekarang saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga baru di sebelah suami saya, jadi perkara seumpama ini turut memberi kesan kepada mereka.

"Demi menjaga hati mereka, saya harap tidak timbul lagi cerita-cerita yang tidak berasas ini,

“Saya jenis yang berterus terang dan tidak perlu saya menjadi orang lain, justeru, bagi yang mengenali diri saya pasti mengetahui perkara sebenar.

“Terus terang saya katakan saya tersenyum dan geli hati apabila membaca tentang diri saya,” -Fouziah

Tag : , , ,