Anak Pesan Ziana Zain Suruh Tutup Aurat/Bertudung

Pada: Sabtu, 25 Januari 2014
Menurut sumber blog tempatan, anak kepada Ziana Zain telah memberikan satu kejutan kepada ibunya sendiri. Anaknya, Muhammad Aiman berusia 14 tahun yang kini bersekolah di SMA Muhammadiah Pekan Sabak Bernam, menasihati ibunya itu agar bertudung dan menutup aurat.
"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "*bila Mama nak pakai tudung*"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap*"kita tak tahu bila kita akan mati"*.

"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,

"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam.

"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti," -Ziana

Tag : , , , , , ,