Anak-anak Raja Azura Belum Tahu Sudah Bercerai

Pada: Selasa, 21 Januari 2014
Memang tak disangka apabila mendapat tahu yang anak-anak kepada Raja Azura dengan bekas suaminya Adzmin Tan Sri Osman tidak mengetahui status mereka yang sudah bercerai sejak September 2010 yang lalu.

Hubungan Azura dengan Adzmin seperti biasa sahaja melayan anak-anak mereka. Memetik portal Kosmo!, Azura mengakui dia belum bersedia memberitahu 3 orang anaknya kerana mereka belum lagi sampai tahap matang.
“Bagi saya, mereka belum cukup matang untuk mengetahui tentang kegagalan hubungan saya bersama suami. Bila sudah sampai masa baru saya akan memberitahu mereka.”

“Tujuan saya berbuat demikian adalah supaya tiada masalah berlaku antara saya, bekas suami dan anak-anak saya, Megat Muhammad Raziq (12 tahun), Megat Luqman Haqiim, (11 tahun), Puteri Mia Maizura (8 tahun).

“Sejujurnya, saya melarang anak-anak membaca surat khabar dan majalah. Di rumah pula, mereka tidak boleh melayari internet (untuk elak diketahui). Lagipun, jadual harian mereka sudah cukup terisi dengan aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan oleh saya.” -Azura

Tag : , , , , ,