Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Sekitar Pernikahan Azura Zainal, Cristiano

Selasa, 31 Disember 2013

Kini deejay radio dan juga personaliti pengacara, Azura Zainal telah pun selamat menjadi isteri kepada lelaki mat salleh bernama Cristiano Genuino Da Silva, tidak dipastikan nama Islam nya apa.

Majlis penuh bermakna itu berlangsung pada 28 Disember lalu di Restoran Subak, Sungai Penchala memetik sumber MediaHiburan.

Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Yasmin Hani

Baru-baru ini berlangsung satu majlis cukur jambul dan akikah anak kepada Yasmin Hani dan suaminya. Noah Ismail Wong. Majlis diadakan di kampung halaman Yasmin dekat Kuala Selangor. Dengan tema biru muda sepertinya majlis pertunangan juga anda boleh lihat pelaminnya. Hehe. -Instagram YasminHani

Gambar Leauniey Yang Hamil 7 Bulan

Usia kandungan isteri penjaga gawang bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi iaitu Leuniey adalah kini 7 bulan lebih dan ada beberapa minggu lagi sebelum bersalin.

Namun sebelum itu, mereka sempat bertemu dengan pasangan selebriti Fizo Omar dengan isterinya, Mawar baru-baru ini.

Maka tiada isu yang timbul, cuma melihat kandungan Leauniey dah semakin membesar je. Hehe.

Johan Asari Tipu Lana Nordin?

Isu putusnya hubungan diantara Lana Nordin dengan Johan Asari memang dah lama berlalu namun disebalik kejadian itu ramai masih tidak mengetahui apa yang terjadi.

Dan ini adalah kenyataan Lana apabila diwawancara secara penuh oleh portal Utusan baru-baru ini. Jom kita dengar kata Lana sendiri.

12 Gambar Percutian Eja di Amerika Syarikat

Isnin, 30 Disember 2013

Memetik portal MediaHiburan, Siti Shahrizah @Ija telah pergi ke Amerika Syarikat bersempena cuti hujung tahun bersama keluarganya.

Lokasi percutian mereka kali ini adalah di Lake Tahoe, Nevada dengan keadaan salji di sana.

Kak Ton, Bobo dan Syasya Bergabung

Tiga orang pra-selebriti yang dikenali ramai adalah Bobo, Kak Ton dan juga Syasya yang masing-masing membawa ikon tersendiri dengan gaya yang mereka paparkan kepada orang ramai melalui laman sosial.

Kali ini mereka digabungkan bersama untuk menyerikan lagi satu video berdurasi kecil untuk iklan produk kosmetik keluaran Kak Ton. jom lihat gelagat mereka bersama ni.



Stacy Mahu Masuk Islam, Mungkin 2014?

Mungkin hari Krismas tahun ini adalah yang terakhir buat penyanyi, Stacy apabila dia baru-baru ini menyatakan dalam portal mStar yang dirinya kini dalam proses terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Bahkan berita baik ini disampaikannya sendiri tanpa ada bantahan atau paksaan daripada pihak dalam mahupun luar. Namun Akim selalu membantu dan mendorongnya untuk belajar mengenai Islam.

Baguslah seperti itu, ramai yang tidak sabar menantikan saat yang baik ini. 
"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,”

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Johan, Jangan Mainkan Perasaan Wanita! - Izreen

Bila berlakunya pemutusan hubungan dengan kekasih hati diantara Lana Nordin dengan Johan Asaari, kini tampil seorang wanita yang dulunya pernah dikaitkan dengan Johan Asaari pada tahun 2011 iaitu, Izreen Azminda.

Izreen membertahu yang dia tidak senang dan membidas dengan cara Johan yang sengaja mempersendakan kaum hawa.
"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya,"

"Saya terkejut dengan berita tentang mereka (Lana Nordin), kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," Izreen. -mStar

Tahinah! Suffian Saujana Kini Bergelar Suami

Bagi peminat hiburan berbentuk nasyid pastinya anda tidak lupa mengenai anggota nasyid dari kumpulan Saujana dan juga deejay radio IKIM, iaitu Suffian Amrin yang selamat bernikah dengan pasangannya, Nadiah Hj Yusof baru-baru ini selepas solat Isya, 27 Disember yang lalu.

Majlis itu diadakan di rumah perempuan dekat Johor. Tahniah diucapkan.

Gambar Percutian Datuk Siti Nurhaliza ke Phuket

Ahad, 29 Disember 2013

Beberapa hari lalu Datuk Siti Nurhaliza dan ahli keluarganya termasuk suaminya pergi ke pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket.

Melihat daripada gambar ini, mereka sekeluarga telah menempah satu kapal persiaran khas untuk meninjau sekitar pulau terkenal itu.

Memang tak dinafikan, pantai yang bersih dan laut yang membiru adalah salah satu tarikah utama pelancongan di sini.

Gambar Lisa Surihani, Yusry di London

Nak dekat tahun baru ni, baru-baru ni Lisa Surihani dan Yusry telah pergi bercuti di London sempena cuti hujung tahun lah katakan. Masa mereka dihabiskan dekat satu tempat yang dinamakan Abbey Road. Rasanya sejuk gila kat sana tu, pakai baju berlapis-lapis pun masih lagi tak dapat merasakan kehangatan seperti di Malaysia.

Linda Onn Selamat Bergelar Isteri

Sabtu, 28 Disember 2013

Difahamkan yang Linda Onn sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga kerabat diraja iaitu, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Linda Onn yang menamatkan zaman bujangnya itu pada usia 36 tahun dan suaminya dalam lingkuan 40-an.

Majlis bersejarah itu diadakan di kediaman Linda Onn dekat Bukti Indah, Ampang semalam selepas waktu Asar. Media difahamkan tidak dibenarkan mengambil foto ekslusif mereka, sebab apa, wallahualam.

Tidak Boleh Berpeluk Dalam Berlakon - Kekasih Izara Aishah

Jumaat, 27 Disember 2013

Izara Aishah ada menyatakan yang dia belum lagi bersedia untuk berkahwin disebabkan syarat yang dikemukan oleh boiprennya. Izara yang kini berusia 21 tahun mengakui boiprennya mahu dia mengurangkan aktiviti lakonan sebelum dan selepas menjadi isteri.

Namun syarat Izara juga bukan calang-calang, meminta agar diberikan 7 tahun lagi dalam dunia seni sebelum berkahwin dengannya. Sebelum ini Izara akui yang dia sudah mengenali lelaki itu 7 tahun dahulu.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja,"

"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," -Izara. mStar

Azwan Ali Sambut Hari Krismas?

Hari Krismas yang dah berlalu rupanya ada segelintir selebriti yang pergi menyambutnya. Yang sedihnya mereka masih lagi beragama Islam tak dipastikan samaada di dalam diri atau hanya di kad pengenalan. Yang terbaru dapat tahu Azwan Ali pergi menyambut perayaan itu.

Memetik portal forum Cari, Azwan kelihatan memakai topi Santa bersama-sama rakannya sambil memberikan ucapan selamat di dalam laman sosialnya.

Tahniah! Lisdawati Hamil Anak ke-3

Tahniah diucapkkan kepada pelakon Lisdawati yang kini hamil anak ke-3 dengan suaminya, Fauzi Nawawi. Dua cahaya matanya yang sebelum iniadalah Nur Aina Farhana, 5 tahun dan Nur Aina Fazneesya, 4 tahun. Memetik SinarHarian semalam, tidak dinyatakan jantina anak dalam kandungannya, mungkin masih belum kelihatan kot jantinanya. Hehe.
Walaupun hamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan 'menyorokkan' perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat. -Lisdawati

Gambar Abby Abadi Bantah Kenaikan Harga Barang

Abby Abadi dan suaminya baru-baru ini ada membuat satu kempen politik untuk satu kenaikan harga barangan. Dia dan beberapa orang lagi lelaki turut serta dalam kempen berkenaan di hadapan Sogo. Yang pasti Abby menutup bahagian mulutnya, atas sebab malu atau betul-betul berubah ke arah lebih alim pemakaiannya, yang tu tak pasti pula. hehe. -gambar Blog Medan Info Kita

Gambar Leez AF4 Sudah Bertunang

Khamis, 26 Disember 2013

Wah tahniah lah baru dapat tahu yang Leez AF4 selamat bertunang pada 11 Disember lalu dengan vokalis Drama Band, Aepol.

Memang baru dapat tahu berita ini, sebab ada beberapa keping gambar telah di edarkan di laman-laman sosial.

Yang terkilannya, Leez dan Aepol tak menghebohkan majlis pertunangan mereka ini kepada media.

Datuk Chef Wan Masuk Hospital Sebab..

Alahai kasihan pula apabila mendapat berita dimana chef terkenal Negara, Datuk Chef Wan dimasukkan ke hospital Gleneagle Pulau Pinang gara-gara gatal dan bengkak di bahagian hidung beliau baru-baru ini.

Doktor mengesahkan yang beliau dijangkiti kuman sebelum merebak ke bahagian mata lalu ke otak yang boleh menyebabkan keadaan bertambah lebih buruk sehingga boleh mengakibatkan maut. Namun nasib baik Datuk Chef Wan bertindak lebih cepat untuk tidak berada ditahap menakutkan itu.
“Saya telah ke hospital kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.

“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” -Chef Wan. Murai

Adik Scha al Yahya Sambut Krismas?

Memetik portal forum Cari, gambar ini didakwa adalah milik adik kepada Scha al Yahya iaitu Marissa al Yahya yang dikatakan menyambut perayaan Natal aka Krimas semalam.

Sehinggakan ramai yang mengkritik beliau kerana menyambutnya kerana difahamkan dia masih lagi beragama Islam. Cepat perbetulkan akidah untuk orang seperti ini..

Komen Scha macamana?

Lana Nordin, Johan Putus Cinta, Nekad Berubah!

Dikhabarkan yang hubungan cinta selama sebulan diantara Lana Nordin dengan Johan Asari telah putus ditengah jalan. Ini adalah akibat daripada tiada restu daripada keluarga Johan Asari memetik sumber pada hari Rabu.

Namun Lana nekad mahu mendalami agama walaupun putus dengan Johan, dan niatnya ini sebelum mengenali Johan lagi.
"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon).

"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," -Lana Nordin. mStar

Gambar Persandingan Fizo Omar, Mawar di Penang

Rabu, 25 Disember 2013

Ini adalah gambar yang memetik Facebook milik Fizo Omar dimana persandingannya dengan Mawar Fareeda yang berlangung baru-baru ini di Pulau Pinang.

Acara diserikan dengan peminat serta orang ramai sekitar Pulau Pinang.

Lagi Gambar Syamsul Yusof Berjubah

Memang ramai yang agak terkejut melihat penampilan Syamsul Yusof yang kini dikatakan dekat dengan agama. Dengan berani berpakaian jubah putih, tak semua lelaki muslim berani untuk memakainya. Kawannya yang juga pengarah filem, Pierre Andrea juga sudah lama memakai pakaian ini ketika majlis ilmu dan agama aka usrah.

Mungkin ini lah petanda dimana filem selepas ini arahan Syamsul mungkin berkisar agama dan seumpamanya bagi mencari rezeki halal dan jalan cerita yang dapat membimbing penonton.

Gambar Resepsi Jovian, Nina di Temerloh

Baru baru ini suami isteri Jovian Mandagie dengan Nina Ismail Sabri telah melangsungkan resepsi mereka di Temerloh. Selepas majlis resepsi itu berlangsung, mereka kini sedang berbulan madu diluar negara.

Lana Nordin Bertudung, Sedia Tunaikan Umrah

Selasa, 24 Disember 2013

Walaupun mendapat kecaman ramai pihak dan anggapan negatif malahan tidak kurang juga pandangan positif mengenai Lana Nordin kerana bertemu dengan Johan Asaari namun wanita ini kental menghadapi dugaan itu semua, bahkan membuatkan dirinya terasa mendekatkan diri dengan agama.

Dikhabarkan Lana kini sudah bertudung. Dan dalam perancangan untuk menunaikan umrah dengan kawannya, Lisdawati dengan juga kekasihnya itu pada Mac 2014 akan datang.

8 Tahun Bercinta, Ekin & Yazer Putus!

Dengarnya memetik portal Kosmo! semalam yang hubungan Ekin AF3 dengan penyanyi Yazer telah putus pada bulan Disember lalu dimana setelah 8 tahun bercinta.

Kasihan juga melihat satu hubungan yang lama dibina akhirnya putus tanpa ada ikatan yang sah kan. Apa boleh buat, kita sudah berusaha, mungkin ada pasangan lain yang pasti menunggu kita nanti.
Kosmo!: Kenapa hubungan Ekin dan Yazer boleh putus sedangkan kalian sudah bercinta selama lapan tahun?

EKIN: Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.

Bila kalian putus cinta dan apa puncanya?

Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik.

Apakah perasaan Ekin bila hubungan dengan Yazer tidak berpanjangan?

Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.

Apakah perancangan Ekin selepas ini?

Selepas ini saya hanya fokus pada nyanyian. Lebih baik saya solo. Buat masa ini saya tidak fikir ingin bercinta.

Datuk Jamal Abdilah Mahu Kahwin Lagi

Kepada wanita diluar sana yang mahu mencari calon suami, ha ini adalah masa yang sesuai untuk menjadi isteri kepada penyanyi pop tanah air, Datuk Jamal Abdilah.

Datuk Jamal Adillah yang sudah hampir sedekad membujang kini mengakui mahu berkahwin lagi untuk mencari teman hidupnya.

Kesunyian Datuk Jamal jelas terpancar apabila dia akui bila balik ke rumah hanya dia seorang sahaja yang ada tanpa ada belaian daripada seorang isteri.

Jamal mengakuinya semalam di Bharian. Sabarlah Jamal, kalau ada jodoh tak kemana, harap ada kawan-kawan Jamal yang 'rekomen' kan seorang calon isteri untuk Jamal ok.
“Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin? Bila balik ke rumah, ada seseorang yang menunggu. Dia boleh menjadi tempat saya berkongsi apa saja cerita termasuk meminta pandangan mengenai mutu persembahan saya.

“Lagipun anak-anak sudah besar. Osama Yamani kini berusia 12 tahun dan Ahmad Zaki Yamani pula 8 tahun. Sekurang-kurangnya apabila mempunyai isteri, bolehlah dia membantu saya mengendalikan anak-anak,”

“Saya sudah selesa hidup sendiri, mungkin sedikit kekok apabila bangun pagi ada seseorang di sisi. Tetapi, pada masa sama saya juga memerlukan seseorang untuk menemani dan menjaga saya.

“Walaupun bukan lagi muda, saya tetap menyimpan hasrat untuk bernikah semula. Cuma buat masa ini saya belum bertemu calon sesuai,” -Jamal

Isteri Aaron Aziz Bertudung Sebab..

Dengarnya isteri kepada pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik kini bertudung (berselendang) selepas pulang dari percutian di Hong Kong baru-baru ini.

Sebelum ini, 2 tahun yang lalu, Aaron ada menyuruh isterinya itu bertudung tanpa paksaan selepas menunaikan umrah ketika itu.

memetik portal mStar semalam, Aaron kerap menghantar mesej dan video mengenai hari kiamat kepada isterinya tersayang itu. Disitulah terdetik mula berjinak-jinak untuk proses pembelajaran memakai tudung.
"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.

"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," -Diyana

Gambar Anak Betty Benafe Terkini

Isnin, 23 Disember 2013

Ni lah anak perempuan Betty Benafe yang lahir pada awal bulan Disember yang lalu, belum lagi memasuki usia sebulan tapi hadiah yang diterima Betty amat-amatlah banyak sangat daripada kawan-kawan dan juga ahli keluarganya, memang tak tahu nak buka mana satu dulu rasanya, hehe.  -instagram BettyBenafe

Nurul AF2 Menang Saman Ke Atas Melodi

Kes saman menyaman sudah menjadi satu cara terakhir ketika ini untuk memberikan pengajaran kepada seseorang.

Terbaru mengenai bintang AF musim ke-2 iaitu, Nurulllah atau Nurul memetik portal Bernama semalam dimana mahkamah memerintahkan TV3 dan 4 individu lainnya membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Nurul mengenai saman fitnah berkaitan status perkahwinan Nurul dengan suaminya yang disiarkan di program Melodi 2 tahun yang lalu.

Sebelum ini, pada September 2011, Nurul dan suami memfailkan saman kepada kesemua defendan mengenai fitnah dimana perkahwinan mereka digambarkan tidak sah disisi undang-undang dan tidak menghormati ibu bapa mereka. Mengikut sumber, perkahwinan mereka sebenarnya sah dan ianya disahkan oleh mahkamah Syariah Hulu Langat.

Isteri Safee Sali Yang Baru

Baru-baru ini kalau tidak silap 21 Disember yang lalu, Safee Sali yang juga pemain bola sepak senior kebangsaan telah selamat diijabkabulkan oleh pasangannya bernama Sasha seorang yang berasal dari indonesia.

Namun majlis mereka yang berlangsung awal pagi itu diadakan di rumah pengantin perempuan delat Bidor, Perak. Tahniah diucapkan. -gambar instagram.com/feverpictures

Irma Hasmie Rindu Dunia Lakonan

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Irma Hasmie berlakon kan tak kira di slot drama mahupun filem. Namun Irma akui yang dia kini lebih suka menjaga anak sulungnya, Redza Syah Irfhan yang kini berusia 8 bulan dan juga merindui bidang lakonan yang pernah diceburinya dahulu.

Memetik portal Kosmo! Irma mengatakan yang dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana kesempitan waktu setelah bergelar ibu dan isteri pada ketika ini.
"Saya amat merindui untuk kembali berlakon, namun selepas bergelar seorang ibu kekangan masa membataskan saya untuk kembali aktif. Saya masih mendapat tawaran lakonan tetapi buat masa sekarang saya terpaksa menolak.

"Saya boleh membuat pertimbangan jika tawaran watak tersebut tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran," -Irma.

Sekitar Gambar Pernikahan Aril AF7

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Aril AF7 yang diijabkabulkan dengan pasangannya, Puteri Erma pada hari Jumaat lalu di Kota Bharu Kelantan kira-kira jam 3 petang.

Pihak pengantin lelaki menerima 9 dulang hantaran dan turut berbalas 9 dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.

Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000.

Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim

Ahad, 22 Disember 2013

Desas desus dikhabarkan yang Nur Fathia ada menjalinkan hubungan dengan pelakon Aiman Hakim. Dan baru-baru ini Nur Fathia ada berjumpa dengan keluarga Aiman untuk diperkenalkan kepada keluarganya.

Dan akui Aiman, Nur Fathia adalah wanita pertama yang berjumpa langsung dengan keluarganya. Enggan mengakui status sebagai kekasih atau gelpren/boipren, mereka lebih selesa dengan gelaran kawan sahaja selagi tiada ikatan sah.
"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.

"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," -Aiman. mStar

Isteri Kepada Isu Skandal Adi Putra Diceraikan

Sabtu, 21 Disember 2013

Ahli perniagaan Amiruddin Othman, 56 mengakui telah menceraikan isterinya yang juga merupakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra, iaitu Nooraida Abdul Mutalib, 30, dengan talak satu pada 19 Disember 2013.

Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, semalam.
"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik.

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar", jelasnya sambil menahan sebak.
Tujuan beliau ke Jabatan Peguam Negara hari ini untuk menghantar surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus 'No Further Action' (NFA) sebelum ini.

Amiruddin yang ditemani dua orang peguamnya mahu agar kes tersebut dinilai semula dibawah seksyen yang lebih relevan. Sebelum ini kes tersebut dibawah seksyen 509, kini mereka memohon agar kes tersebut dinilai dibawah seksyen 498.
"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja.

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang",katanya.
Tambahnya lagi jika rayuan mereka untuk meneruskan kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil. -malaysiandigest.com

Gambar Siti Saleha Bertudung

Jumaat, 20 Disember 2013

Penampilan Siti Saleha bertudung kalau tidak silap memang belum lagi penuh, cuma untuk filem atau drama je, dan rasanya semua orang dah tahu kan.

Namun gadis berusia 23 tahun ini menyimpan niat untuk belajar agama sekaligus memakai tudung penuh kelak. Kali ini Saleha berlakon dalam drama Aku Ada Wali dengan memegang watak sebagai Syumaila yang memakai tudung.

Gambar Photographer Perkahwinan Farawahida, Shukor

Seminggu berlalu menjadi suami isteri yang sah, Farawahida dengan Abdul Shukor, jurufoto mereka Bicara Lensa telah mengirimkan beberapa keping gambar yang telah siap di edit ketika majlis bermakna mereka itu.

Apa-apa pun mari kita lihat suasana yang berwarna warni dengan ikatan yang sah ini..

Anak Ajai Dapat 8A PMR 2013

Tahinah kepada anak komposer terkenal, Ajai bernama Ayu Nazirah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Menurut laman sosial instagramnya itu, anaknya mendapatt 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
@ ] ajai911 YND Alhamdullilh. Syukur. The biggest reward for my girl today Ayu Nazirah. Efforts and knowledge and now result in your hand. Now go and grab your 8A's and say Syukur Alhamdulillah upon Allah. Amin @ayu_ace @mrsajai75 @ae_territory @kal_azuan @baloqliat @arman_clc @alfializar5 20min

@ ] mrsajai75 Alhamdulillah Ayu Nazirah. May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in your life. Bravo to PMR scorer! @ayu_ace @ajai911 22min

Gambar Bulan Madu Zain Saidin, Rozita Che Wan

Setelah seminggu bergelar suami ister, akhirnya Zain Saidin dan Rozita Che Wan berbulan madu untuk pertama kalinya ke negara Eropah. Negara yang dipilihnya adalah di Rome, Itali.

Iqram Lamar Soo Wincci Tapi..

Wah kejutan ni nampaknya, penyanyi dan model, Soo Wincci memang mengakui yang rapat dengan Iqram Dinzly. Iqram juga melamar Soo dengan cara yang tidak diduga Soo sendiri.

Jelas Soo, walaupun lamaran yang dibuat Iqram itu agak serius namun Soo akui belum menerima sesiapa jika belum sampai ke Hollywood lagi.
"Setakat ini, kami hanya kawan biasa, tidak lebih dari itu. Saya dan Iqram selalu meluangkan masa bersama. Rumah dia (Iqram) dan rumah saya berdekatan. Dia selalu menemani saya jika ada masa. Terlalu sibuk dengan aktiviti sekarang sehingga saya tidak sempat memikirkan lansung mengenai perihal cinta.

"Saya ada sasaran hidup yang masih belum tercapai. Awal-awal lagi saya sudah berjanji, selagi tidak menjejakkan kaki di Hollywood, saya tidak akan fikir langsung untuk mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa,

"Sedikit pun tidak menjangka dia akan datang. Apabila pengacara majlis beritahu akan ada kejutan dan saya lihat Iqram datang sambil membawa bunga dan cincin, saya sungguh terkejut kerana dia sanggup buat sedemikian.

"Saya sudah beritahu Iqram, saya belum bersedia untuk bercinta selagi tidak sampai ke Hollywood dan dia faham," -Soo. Utusan

Gambar Seksi Sharifah Sakinah

Khamis, 19 Disember 2013

Seksi juga melihat gelagat Sharifah Sakinah ni apabila dia memuat naik gambar ke dalam instagram miliknya. rasanya ini bukan yang pertama kalinya melihat gambar seumpama ini.

Rita Rudaini Tidak Kisah dan Terkejut Aidil Kahwin lagi

Pernikahan bekas suami kepada Rita Rudaini, Aidil Zafuan dengan pasangannya sudah diketahui ramai. Dan dengan begitu pantas Aidil mendapatkan penganti Rita walaupun terpaksa turun naik mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumahtangga dengan Rita sendiri.

Namun berbicara mengenai hari perkahwinan Aidil, Rita memberikan komennya mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung tidak lama lagi dimana reaksi Rita sepertinya biasa sahaja dan tidak rasa terkejut jika bekas suaminya itu akan berkahwin lagi.

Dan ini petikan Rita yang memetik portal mStar semalam..
"Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka.

"Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar,

"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," -Rita

Dira Abu Zahar Keguguran Anak

Dikhabarkan Dira Abu Zahar ditimpa musibah apabila kandungan anaknya hasil perkahwinan dengan Mohd Hekmi pada November 2011 yang lalu dikatakan doktor telah gugur pada awal November yang lalu.

Memetik portal GUA, kejadian keguguran anak mereka yang berusia 6 minggu itu tidak diketahui oleh mereka sehinggakan membuat pemeriksaan doktor.
“Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya berada di Terengganu untuk penggambaran ‘TerengganuKu’ dan saya fikir mahu selesaikan kerja saya terlebih dahulu.

Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke Klinik Pkar Sakit Puan untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk bekerja,”

“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumahtangga. Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran dia,” tutur Dira redha.

“Suami saya memang mahukan anak. Kami redha kerana mungkin tiada rezeki kami kali ini. Suami terima apa yang berlaku, tetapi selepas kejadian tersebut, dia lebih banyak memantau saya agak saya tidak terlalu aktif bekerja. Selepas keguguran, saya terus menjalani penggambaran drama ‘Aku Bukan dia’ dan mungkin lepas habis 26 episod ini, saya akan berehat sekejap,” ujar Dira

Hubungan Tak Direstui, Nora Danish Putuskan Hubungan

Dengarnya memetik portal Kosmo! hubungan Nora Danish dengan Nedim tidak direstui oleh ayah Nedim iaitu Datuk Seri Nazri AZiz.

Bahkan ianya menjadi spikulasi dimana Nora akan mengalah dan bertindak untuk putuskan hubungan sekiranya ianya berlaku.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.

27 Disember Linda Onn Nak Nikah?

Rabu, 18 Disember 2013

Linda Onn yang kini berusia 36 tahun dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada hari Jumaat bersamaan 27 Disember ini dengans seorang lelaki yang berketurunan darah kerabat diraja.

Menurut portal Utusan itu lagi, tidak dinyatakan nama dan kerabat diraja mana yang dimaksudkan, namun sumber percaya majlis itu diadakan di kampung halamannya dengan sambutan sederhana dengan dihadiri oleh keluarga dan juga sanak saudara kedua-dua pihak.

Tambahan lagi, Linda dan pasangannya itu sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama sekitar Johor Baharu. Kalau betul, tahniah lah, benda baik dan elok kan. :)

Zed Zaidi Gila! - Dayangku Intan

Menurut portal MalaysiaGazette, penyanyi Dayangku Intan mengatakan yang Zed Zaidi sebagai seorang yang gila publisiti murahan. Tambahan lagi Dayangku menganggap yang Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud di dalam dunia seni kerana tidak memiliki daya ingatan atau pemikiran yang waras serta minda yang semput.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.

“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,”-Dayangku Intan
Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Sabar je la Zed Zaidi, mulut orang biar Allah sahaja yang membalas nya..

Gambar Pra Perkahwinan Raja Azrey, Rozita

Gambar dibawah adalah gambar pra perkahwinan kepada pelakon Raja Azrey yang juga pelakon dalam filem Blok 404 dengan pasangannya Rozita Rahim.

Gambar yang berinspirasikan semangat kepahlawaan Melayu dengan memikat si gadis yang menjadi pujaan hatinya.

Perkahwinan akan diadakan pada hari Jumaat ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sekitar Gambar Persandingan Jovian, Nina

Asyik bosan melihat persandingan Rozita Che Wan dengan Zain Saidin, jom kita lihat persandingan diantara Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri pula dimana mereka membuat majlis ini selama 3 hari bermula dari Jumaat sehingga Ahad lalu.

Disamping satu majlis khas iaitu “Chinese Tea Ceremony“ dengan berpakaian pakaian bangsa Tiong Hwa.

Al Fatihah - Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.

Azean meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama. -mStar

Cara Fida Bertudung Dapat Kecaman

Selasa, 17 Disember 2013

Memetik daripada portal GUA, Rafidah Ibrahim dikatakan dikecam oleh sesetengah pihak yang memakai tudung kerana penampilan Rafidah yang dikatakan bertudung juga tidak mengikut atau kesesuaian terhadap pemakaian tudung itu sendiri.

Tidak tahu kecamanan dan kesesuaian yang seperti apa mereka maksudkan mungkin kerana tudung yang tidak melabuhkan bahagian dada atau sering kali memakai pakaian ketat kot.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya,"

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," -Fida

Gambar Ulang Tahun Anak Marion, Nasa

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Marion Caunter dan Nasaruddin telah mengadakan satu majlis ulang tahun secara bersederhana bersempena hari jadi anak mereka yang berumur 2 tahun dan sekaligus untuk kali ke-3 tahun untuk rumahtangga mereka berdua. Apa-apa pun semoga bahagia la ek.