Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Senarai Pemuh Keputusan ASK 2013

Sabtu, 30 November 2013

Semalam berlangsungnya satu majlis gilang gemilang iaitu Anugerah Skrin 2013 (ASK2013)di TV3 dengan mempertaruhkan banyak drama dan filem tempatan, pelakon dan pembantunya. Bagi mereka yang terlepas untuk mengetahui pemenangnya, ini adalah senarai penuh para pemenang ASK 2013.

KATOGERI DRAMA

1. DRAMA TERBAIK
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat

7. ARTIS HARAPAN PANTENE
zhasha Al Khred - Kawan

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance

11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha - KIL

12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne - KIL

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Shaheizy Sam - SAM

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Miera Liyana – Pecah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahma – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Bella (Ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)

Azad Jazmin Kena 13 Jahitan Sebab...

Jumaat, 29 November 2013

Dikhabarkan melalui portal GUA semalam, yang pelakon Azad Jazmin telah menerima kemalangan apabila terjatuh ke dalam longkang sewaktu pergi ke sebuah kedai runcit di sekitar Puchong.

Daripada akibat terjatuh itu, Azad menerima 13 jahitan di kaki.
"Lebih kurang seminggu lalu, saya ke kedai serbaneka di sekitar rumah saya. Sewaktu saya meluru untuk memasuki kedai tersebut, sedar-sedar saya telah jatuh ke dalam longkang,

"Sebelah kaki saya ada di atas, sebelah lagi dalam longkang. Nasib baik di sebelah kedai tersebut ada klinik. Saya terus ke klinik dan mereka memberikan rawatan kepada saya. Akibatnya, kaki saya yang cedera menerima 13 jahitan," -Azad
Dengarnya dia ke kedai itu untuk beli rokok. Tak tahu lah betul ke tidak. Hehe. Jangan marah, semoga cepat sembuh.

Fizz Berbohong? Kamal Adli Kecewa!

Fizz Fairuz yang dikhabarkan menarik diri daripada mengikuti program Liga Lawak Superstar di TV3 dengan menganggotai kumpulan Apa Kasih Toq telah pergi ke Cardiff, UK untuk menonton Cardiff City menentang Manchester United (MU) bersama-sama dengan Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.

Menurut laporan mStar, Ahli kumpulan Apa Kasih Toq iaitu Kamal Adli kecewa dengan tindakan Fizz itu.

Kekasih Baru Tasha Shila?

Dahulu Tasha Shila pernah digosipkan kepada seorang pemain bola sepak tempatan, namun gosip itu sepertinya sudah layu dan hilang begitu sahaja.

Namun ada yang berpendapat Tasha kini rapat dengan seorang Peninju Muay Thai yang tidak dikenali namanya.

Gambar Tasha dengan peninju itu juga dimuat naik di dalam laman sosial Instagram miliknya. Kalau betul, baguslah kan, :)

Johan Lamar Lana Nordin, Shila Pasrah

Kecoh juga semalam apabila orang yang dikaitkan kepada Shila Amzah iaitu Johan Asaari telah melamar Lana Nordin yang disisipkan melalui Bharian.

Malah yang mengejutkan lagi, kisah lamaran itu berlaku setelah 3 hari berjumpa diantara Johan dengan Lana.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,

“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin" -Johan Asaari
Dan ini pula komen Lana Nordin.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”

“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” -Lana Nordin.
Shila yang selama ini dikaitkan menjalinkan hubungan yang akrab dengan Johan sehinggakan kedua-dua ibu mereka sudah berjumpa, akhirnya akur dan pasrah dengan tindakan Johan itu, Shila telah mengomen isu ini di dalam laman sosial Twitternya dengan nada-nada kiasan yang sememangnya untuk Johan. :( -gambar Ehsan RotiKaya

10 Gambar Pra Perkahwinan Rozita, Zain Saidin

Khamis, 28 November 2013

Berita tarikh perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin rasanya adalah perkahwinan Weeding of the Year lah kan, mana taknya sponser dan kosnya yang memakan berjuta-juta gitu.

Soal perkahwinan mereka kita cerita belakang nanti, yang ini fotographi untuk pra perkahwinan mereka nanti. Akhirnya sudah siap dan jurufoto mereka, Annas Easkey sudah memuatnaik gambar berkenaan.

Permulaan babak, Rozita sahaja yang mengambil gambar di Kota Paris dan yang kedua Rozita dengan Zain di tepi pantai. Pegang2 tangan dah ke. Hehe

Gambar Datuk Siti Nurhaliza ke Tokyo

Semalam Datuk Siti Nurhaliza telah pergi ke Tokyo bersama-sama suami serta rakan-rakannya. Tujuan mereka ni memang nampaknya bercuti tapi sebenarnya untuk satu majlis penting untuk mewakili Malaysia ke Festival Muzik ASEAN pada 28 November ini.

Artis ASEAN yang datang ke acara itu adalah seperti Agnes Monica dari Indonesia, AKB48 dari Jepun, Christian Bautista dari Filipina dan Olivia Ong dari Singapura, menurut sumber portal Murai.

Almy Nadia Bengang Status WeChat Di Ceroboh!

Almy Nadia berasa bengang ketika status Wechat nya menjadi bualan hangat apabila sebuah akhbar tempatan menyiarkan ia.

Status itu menunjukkan yang Alm tidak berpuas hati disebabkan kekasinya Fizz Fairuz belum mengotakan janji untuk menikahinya.
“Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya. Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya terima untuk berkawan”

“Apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya,” ujar Almy Nadia. SinarHarian

Yasmin Hani Beri Lihat Gambar Anaknya

Setelah 2 minggu melahirkan cahaya mata oleh Yasmin Hani, difahamkan awal minggu ini dia telah memperlihatkan wajah anaknya itu melalui laman sosial Instagram miliknya. Nama anaknya pula adalah Noah Ismail Wong. Memang comel melihat anaknya itu.

'Awie' Maut Dirempuh Kereta 4x4

Alamak apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Adeh sedih juga kan. Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah, ni kembar dia. Sebijik je muka dorang ni.

Gambar Diana Danielle, Farid di Monsoon Cup

Rabu, 27 November 2013

Terbaru mengenai Diana Danielle bukan soal anak dan juga hubungannya dengan ibunya sendiri tetapi dia dan suaminya, Farid Kamil telah pergi ke Terengganu untuk satu sukan mewah Kapal Layar Monsoon Cup 2013  bersempena dengan pertandingan sukan berkenaan.

Gambar Mizz Nina Bertudung Terkini

Selepas menunaikan ibadah Haji beberapa bulan lalu, Mizz Nina kini sudah kelihatan aktif memuatnaik gambar dia bertudung di dalam Instagram, mungkin bukan sebab menunjuk-nunjuk tapi mungkin untuk memberikan rangsangan dan motivasi kepada peminatnya agar memakai tudung.

Tambahan lagi, Mizz Nina sepertinya tidak mendapat apa-apa tawaran konsert selepas bertudung, mungkin sebab pendirian Mizz Nina sendiri kot yang enggan berkonsert lagi dan mengambil fokus sepenuhnya terhadap perniagaan butik pakaiannya.

Apa-apa pun kami di sini menanti khabar gembira Mizz Nina nak berbadan dua selepas ini. :)

Rambut Terbaru Stacy Seperti Miley Cyrus

Fesyen rambut memang menjadi trend bagi kaum wanita zaman sekarang ni. Stacy adalah individu yang mahu melakukan rambutnya sentiasa segar dengan fesyen terkini.

Ada orang berpendapat yang dia meniru rambut dari selebriti terkenal Barat, Miley Cyrus, yang juga hampir mirip wajah mereka dengan fesyen rambut terkini kedua-duanya.

Mungkin cara Stacy ni untuk menghindarkan orang lelaki dari mengoda dia kot. Hehe. Sebab bikin takut juga melihatnya. :P

Zizan Razak Bawa Amira AF Ke Terengganu

Menurut portal Murai semalam, Zizan Razak kini sedang rapat dengan finalis AF2013, Amira @aisyah yang memiliki paras wajah yang ayu dan lembut orangnya.

Terbaru, Zizan dikatakan bersama Amira ke negeri Terengganu baru-baru ini. Kata orang pastinya Amira mahu berjumpa keluarga Zizan, namun mengikut info yang diterima mereka hanya menjayakan satu shooting drama berjudul 'Terengganu Drift Sampai Muntah' dekat sana.

Jadi anggap sahaja hubungan mereka professional, kalau ada jodoh, nanti Zizan boleh memberikan ulasan lanjut. :)

Nabila Huda Komen Isu Pengomen Gambar Seksi di Instagram

Bila gambar seksi dimuat naik oleh selebriti, ramai lah berlumba-lumba untuk menasihati dan mengomen artis berkenaan. itu tindakan yang bagus oleh peminat.

Namun kadang kala cara mereka mengomen ada yang tak kena, kadang kala menghentam, membidas, memberikan komen yang negatif, dan sebagainya.

Memberikan nasihat tu agak-agaklah juga kan, bukan admin nak support Nabila ni, admin pon kadang kala rimas juga apabila ada pengomen di laman sosial fan page admin yang 'mengomen tahap bahlol', umpama masuk rumah orang, then cakap tuan rumah bodoh, ada sesiapa rasa dia gembira bila orang mengata sebegitu bila masuk rumah dia tak.

Dah lah berkunjung di rumah orang tapi suka suki mengomen tanpa mengira hati dan perasaan orang lain, jadi jawapannya yang tepat adalah 'block' sahaja.

Nabila Huda juga mempunyai memberikan komennya mengenai gambar seksinya di laman sosial. Ikutkan daripada komen Nabila, dia sebenarnya seorang yang memerhati komen-komen di laman sosialnya. Namun begitulah yang dialami Nabila, dia menerima pelbagai komen negatif dan mungkin kurang komen nasihat yang dia dapat apabila gambar seksinya dimuat naik sebab berlakon ikut trend zaman dahulu untuk filem terbarunya, memang tak dinafikan setiap zaman ada keseksiannya tersendiri melalui fesyen baju itu.

Jadi korang tu yang ada laman sosial, beri nasihat ok, tp dengan cara yang halus dan terbaik, jangan main hantam je untuk menyakiti hati dan perasan orang lain. :)
apa masalah kau ni??aku ni tengah shootong based on the true story.kau kalau nk memekak kt ig aki nk membebel tak tentu pasal,buat semak je baik kau unfollow.kalau baik sgt delete instagram kau.stop using any smart phone sbb buat tambah dosa je.nasib kau baik la aku tak block kau lagi sbb kesian org mcm kau ni mmg sejenis yg memerlukan contoh2 kehidupan org lain yg bahagia supaya kau tak la kolot sgt hidup dlm kelompok manusia yg berfikiran negative..hey a life kakak!

pls la jgn memekak kat instagram org.dah la semak,visit my IG tak habis2,ni nak pokpekpokpek ckp psl dosa la itu la ini la.macam bagus je semua bila berckp.dosa n pahala tu antara aku dan tuhan.korang tkde hak nk nilai apa2 or bg nasihat pun.aku share gambar belakang tabir saloma ni and it’s supposed to be P&C,so tolong la hargai.ni baik muda n tua mulut nk pokpek je.kite semua takkan tau dimana kite akn berada bila masa tu datang.so chill la everyone!

i dont need any teguran from anybody.u should appriciate all of my photos.awk ada dgn sy tak bila sy penat berkerja?time korang tgh berehat senang lenang goyang kaki kt rumah,sy pulak tgh bekerja keras buat yg terbaik utk tontonan anda semua.tapi apa yg korang buat,kecikkan hati sy.kejam sungguh manusia ni kan?sorry sy tak penah sentap because i know what im doin.sy sentiasa maafkan semua yg menyakitkan -Nabila

Rais Yatim, Isteri Menyanyi Terima RM170,000!

Selasa, 26 November 2013

Wah tak sangka upah orang kenamaan tahap VVIP dan juga bekas menteri bila menyanyikan lagu boleh juga mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah yang berlaku kepada Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang dikhabarkan memetik portal Utusan, beliau dibayar RM100,000! untuk menyanyikan lagu "When I Fall In Love by Nat King Cole" untuk sebuah Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana baru-baru ini.

Ianya sebenarnya bukan untuk kepentingan pribadi Tan Sri Dr. Rais dan bahan bualan politik kotor, namun menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ianya dibayar oleh seorang individu yang enggan dikenali bagi mengisi tabung kebajikan persatuan berkenaan.

Tidak ketinggalan isteri beliau, Puan Sri juga membuat persembahan dan dibayar RM70,000!. Wang hasil kutipan amal itu berjumlah RM350,000 bagi membantu lebih kurang 1000 karyawan.

Sharnaaz Ahmad Bersara Dari Dunia Seni

Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad diberitakan dalam perancangan dalam persaraan dalam dunia anak seni. Dia yang berkata demikian ketika ditemubual oleh sisipan BPop minggu lalu.

Drama terakhir Sharnaaz untuk info umum adalah Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dan kini dalam perancangan untuk bekerja dalam sektor hartanah atau minyak/gas asli.
“Saya bukan kecewa, tapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.

“Paling penting hati ibu bapa dan adik-beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” -Sharnaaz.

Nabil Sudah Bertunang Dengan Orang Indonesia

Tahniah diatas perkhabaran dimana penyanyi Nabil Zamanhuri memetik MediaHiburan semalam yang dia sudah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Adelia Citra Hapsari yang juga warga seberang berketurunan dari Surabaya, Indonesia pada 23 November yang lalu.

Majlis itu diadakan dengan sederhana di Restoran Bora Ombak, Ampang. Menurut info lagi, mereka berdua adalah pelajar yang menuntut di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Tarikh pernikahan mereka tidak diketahui lagi, namun mereka bercadang untuk berkahwin awal tahun hadapan. :)

Zain, Rozita Nikah 11 Disember, RM13 Juta Tajaan

Menurut portal mStar semalam, pasangan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dengan Zain Saidin sudah membuat kenyataan media mengenai tarikh pernikahan mereka, mereka merancang akan berkahwin pada tarikh 11 Disember 2013 (11/12/13).

Saat indah itu akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Centre selesai solat maghrib. Majlis persandingan mereka pula akan diadakan pada 13 Disember di di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.

Gambar Jasmin Hamid Bertudung

Isnin, 25 November 2013

Jasmin Hamid memang pelakon yang cantik walaupun usianya meningkat. Namun pastinya ingin melihat dia memakai tudung kan. Memang saat inilah korang akan melihatnya.

Jasmin bertudung untuk telemovie dekat RTM iaitu Diari Mama sebagai watak Sarah Hajar. Beberapa keping babak dia bertudung diambil dan dimuatnaik ke dalam laman Instagram miliknya.

Belum Jumpa Ibu Mertua Lagi - Farid Kamil

Memetik portal Kosmo! semalam, kemelut hubungan diantara Farid Kamil dengan emak Diana Danielle, Norsiah Ramli kini akan makin menjadi baik setelah Farid sendiri membuat pengumuman untuk berbaik dengannya namun faktor tempat tinggal emak Diana itu menjadi halangan buat niat baik Farid.
"Saya tidak tahu di mana ibu mertua saya tinggal sekarang, jadi rancangan untuk bertemu dengannya belum kesampaian,"

Bekas Suami Wan Nor Azlin Meninggal Dunia

Dikhabarkan bekas suami kepada Wan Nor Azlin iaitu Mohd. Yazli Yaacob telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di IJN beru-baru ini. Berita ini disampaikan oleh Forum Cari.

Mengikut informasi terdahulu, Allahyarham telah bercerai dengan Wan Nor Azlin sekitar tahun 2009.

Gambar Majlis Pertunangan Anak Aziz M. Osman

Dikhabarkan yang anak kepada pengarah Aziz M. Osman iaitu Puteri Nurul Fateha, 24, (kalau tidak silap anak kepada isteri pertama Aziz iaitu Sri) sudah bertunang baru-baru ini.

Kelihatan juga Aziz M. Osman sendiri bergambar dengan anaknya itu. Apa-apa pun tahniah.

Amyza Aznan Keguguran Anak ke-4

Beberapa hari yang lalu, dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang Amyza Aznan mengalami musibah dimana dia mengalami keguguran kandungannya yang difahamkan berusia 2 bulan yang juga anak ke-4 Amyza.

Kilafairy, Hardy Hartono Bercuti Ke HK? Aksi Cium?

Ahad, 24 November 2013

Menurut laman forum Cari, pelakon Kilafairy kelihatan berada di KLIA bersama dengan seorang artis dari Negara seberang, Indonesia iaitu Hardy Hartono.

Mengikut laman forum itu lagi, keadaan sepertinya kantoi apabila ada orang yang cuba mengambil gambar mereka berdua terutama Hardy yang tergesa-gesa mencari tempat persembunyian.

Tambahan lagi, perjalanan mereka itu ke Hong Kong. Sumber ini juga mendakwa mereka saling bercium pipi ketika perjalanan Flight ke sana.

Zed Zaidi Bukan Presiden Seniman Lagi

Jumaat, 22 November 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam akhirnya memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan ini sekali gus menyebabkan mesyuarat agung persatuan itu terpaksa diadakan semula dalam tempoh dua bulan bermula dari tarikh semalam.

Video Ika Nabella Pakai Botox

Ika Nabella ni memang nampak ok je pada zahirnya, namun kadang-kadang agak pelik juga jadinya. Apa taknya, memuatnaik video kat Keek, menjadikan orang sepertinya berfikiran samaada dia menggunakan botox betul atau tidak.

Membuat mimik muka seakan-akan memakai botox, ramai beranggapan dia memang memakainya. Wallahualam lah kalau dia pakai, tapi kalau nak populariti lagi up, memang botox lah jalan segeranya. Harap Ika tak menggunakannya lah k dan mukannya itu semulajadi gitu sebab berbakat. :)

Villa Nabila Akan Difilemkan

Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Jep, Rahim Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Difahamkan Jep Sepahtu dengan Rahim Raja Lawak terlibat dengan satu kemalangan kecil jalan raya baru-baru ini. Kereta yang mereka naiki model Exora telah remuk dibahagian hadapannya.

Namun mereka berdua tidak mengalami apa-apa kecederaan serius dan sempat bergambar bersama dengan keadaan kereta berkenaan.

Ella Nafi Hamil Cuma Kena Penyakit....

Adeh ni la kenyataan akhir yang dibuat Ella setelah berita daripada blogger-blogger yang menyatakan yang dia telah hamil/mengandung.

Semalam Ella menyatakan yang dia menafikan yang dirinya hamil. Namun mengalamai radang apendiks dan telah menjalani rawatan di Hospital Ampang Puteri memetik sumber mStar.
"Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu," -Ella
Namun Ella masih mengharapkan dia dan suami menimang anak secepat mungkin. Takpe la, harap Ella sembuh dengan segera dan hamil juga dengan kehendak Allah. :)

Gambar Fasha Sandha, Rayqal, Rayfal ke USS Singapore

Khamis, 21 November 2013

Hujung minggu yang lalu, Fasha Sandha, Putra Rayfal, suami serta keluarganya dan juga anak Nora Danish, Rayqal telah pergi ke USS Sinagpura untuk bercuti-cuti. Memang happening sungguh keluarga ni. Jom lihat kecomelan dua anak kecil tu. Hehe.

Amy Search Akui Dirinya Muflis

Akhirnya memetik sumber mStar semalam, Amy Search mengakui dirinya telah muflis akibat dianiya oleh kawan sendiri. Amy enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dan mahu mengheret kawannya itu ke muka pengadilan.

Kes muflis itu bermula apabila Amy gagal membayar balik jumlah hutang bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru pada tahun 2009 yang lalu.

Gambar Seksi Julia Ziegler?

Bila lah agaknya Julia Ziegler nak kahwin dan menjadi isteri kepada orang ni. Belum ada bunga-bunga lagi menceritakan dia bercinta bahkan bergambar dengan kekasihnya langsung tidak kelihatan. Takpe lah, kita doakan agar jodoh dia dekat ok.

Ini gambar terkini Julia yang dikatakan agak seksi sedikit oleh sebuah blogger. Seksi part mana, yang tu admin tak perasan pula. Sesiapa mata tajam tu, boleh nyatakan kat bawah ni ek. hekhek.











Gambar Baby Shower Nana Mahazan Anak Ke-2

Nana Mahazan dalam diam sudah hamil anak ke2, tak tahu pula admin. Namun berita kehamilan Nana ini rasanya sudah ramai orang tahu. Dan kalau tidak silap usia kandungannya baru berusia 5 bulan.

Namun seperti biasa, Baby Shower adalah satu acara yang sudah penting buat masa kini bagi mereka yang hamil. Nana juga tidak ketinggalan untuk melakukannya baru-baru ini dengan suaminya, Brian.

Gambar Sesi Photographi Betty Benafe Mengandung

Usia kandungan anak yang dihamil oleh Betty Benafe kini sudah mencecah 8 bulan. Bersempena 8 bulan itu lah, minggu lalu dia dengan suaminya, Bruce Dargus telah mengambil photographi untuk mengabadikan sesi Betty hamil anak pertama mereka. -Facebook sazastudio

RM100,000 Untuk Ibu Ayah - Faizul AF

Rabu, 20 November 2013

Ni lah anak mithali katakan. Juara AF2013, Faizul telah membuat satu kejutan dimana wang hadiah bernilai RM100,000 yang dimenanginya itu akan diberikan kepada kedua orang tuanya.

Niatnya sungguh murni sekali taktala sebelum masuk ke dalam gelanggang AF lagi dia sudah menanamkan impian sedemikian bahkan tidak terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi juara, cuma niatnya untuk membantu keluarganya yang tersayang.

13 Gambar Akikah Anak Faizal Ismail

Bersempena dengan tamatnya kerjaya Faizal Ismail di Hot FM minggu lalu, hari ahad yang lepas dia dan keluargannya telah mengadakan satu majlis akikah untuk anaknya yang ke-3, Khayla Nur iman yang kini berusia nak masuk 3 bulan. -gammbar Chozen Photowork

Kereta Dipecah, Tukar Plat Nombor - Nabil Ahmad

Gara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai makan malam aka diner di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan didapati cermin kereta berkenaan pecah.

Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang diisi baju sukan.

Menurut portal mStar, nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model Mitsubishi Lancer Evo 10.

Gambar Sekitar Malam Berinai, Pernikahan Riz Amin

Memetik portal MediaHiburan, Pelakon Riz Amin sudah selamat menjadi suami aka dinikahkan dengan pasangannya Sharifah Fazlina awal pagi Jumaat lalu bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Jelutong.

Mas kahwin bagi majlis bermakna itu dari Riz adalah jongkong emas berharga RM5,000, wang hantaran pula RM10,000 diiringi dengan 7 dulang barang hantaran. Manakala Sharifah membalasnya dengan 9 dulang.

Azean Irdawaty Masuk Hospital Lagi

Azean Irdawaty sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu. Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim memberitahu keadaan ibunya tidak membimbangkan
"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," -Benjy
Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. -Utusan

Gambar Rambut Fesyen Terkini Norish Karman

Selasa, 19 November 2013

Rambut terkini Nora Danish seperti remaja pula ke nampak seperti lelaki. hehe. Mana taknya potongannya di sebelah tepi nampak nipis seperti lelaki punya style. Atas masih banyak rambut pula.

Cantik ke tak, korang nak test buat macam ni, silakan lah, mana tahu secocok dengan rambut korang. Hehe.

Suami Bertatu? Nadiya Nisaa Enggan Komen!

Zubir sekali lagi membua satu artikel panas dan pedas pada sisipan hujung minggu yang lalu. Beritanya adalah apabila mendakwa menerima beberapa foto yang didakwa suami kepada Nadiya Nisaa memakai tatuu di kedua-dua lengannya.

Sepertinya jelas kelihatan tatuu berkenaan, namun wajahnya terpaksa di blerr kan untuk apa, tidak tahu pula. Namun Nadiya yang dihubungi oleh Zubir sendiri, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mahu diabaikan segera.

Yang peliknya, Nadiya enggan ulas gambar itu, tetapi enggan menafikannya pula. hoho

Indah AF Terima Hadiah Dari Arja Lee, Isunya....

Hari Ahad yang lalu, Faizul telah mencipta namanya sebagai juara program realiti tv, Akademi Fantasia 2013 dengan mengalahkan beberapa lagi peserta/pelajar yang lain.

Namun apa yang menjadi ceritanya di sini adalah memetik portal Murai, yang jadi ceritanya adalah pemenang tempat ke-4, Indah. Indah dikatakan sangat gembira pada majlis parti AF2013 semalam sambil memegang hadiah teddy bear.

Gambar Pra Perkahwinan Farawahida

Gambar dibawah adalah gambar pra-perkahwinan penyanyi, Farawahida yang berkonsepkan kebaya Melayu serta gaun moden daripada perekany Butik Nasha dan photographi dari Empayar Che Det.

Gambar ini membuktikan dan mengukuhkan lagi dakwaan yang dia akan berkahwin pada bulan Disember 2013 nanti. Sayangnya gambar dengan bakal suami tidak disertakan. :(