Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

KilaFairy Bertudung, Bercinta Dengan Amar Ashraf?

Khamis, 31 Oktober 2013

Dengarnya Kilafairy kini dah bertudung aka berhijab dan juga bercinta dengan pelakon, Amar Ashraf. Memang tidak dinafikan, sebab gambar-gambar dibawah ini dia bertudung rapi seperti muslimah sejati. Dan hubungan dengan Amar Ashraf itu juga mungkin agak keliru sedikit.

Namun dia buat begini bukanlah atas dasar kekal dan realiti, cuma untuk berlakon jew bersempena Drama untuk Hari Maal Hijrah. Drama ini sudah ditayangkan di TV2, 29 Oktober yang lalu.

4 Gambar Kiesha Edisi Oktober

Memang comel Kiesha anak Nabila Huda ni. Sempena nak berakhirnya bulan Oktober ni, Nabila sempat memuatnaik gambar anaknya ini semalam untuk mereka yang mahu melihat keceriaan di wajah Kiesha disamping ibunya. -instagram Kupu_kupu

Aril AF nak Kahwin? Gambar Kekasih?

Kecoh juga apabila melihat Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi dengan seorang wanita bernama Puteri Erma Edlinda.

Bukti itu bertambah jelas apabila sekeping gambar menunjukan kad jemputan perkahwinan yang telah di kaburkan yang didakwa nama Aril sendiri.

Gambar Anak Liza Abdullah

Difahamkan gambar ini adalah anak kepada pelakon tak asing lagi, Liza Abdullah. Namanya anaknya ini adalah Naffiz Zolkefli.

Kalau tidak silap Naffiz juga pernah berlakon dalam beberapa drama, tapi tak ingat yang mana satu, dan yang pasti, drama Misiku Kuza adalah drama yang sempat dilakonkan oleh Naffiz.

Memang ada pakej juga anak Liza ni. Rupa dan bentuk badan juga ok.

Hairie Othman Merajuk? Enggan Berpolitik

Dikhabarkan yang orang kuat dalam parti PAS satu masa dahulu, Hairie Othman kini enggan lagi bergiat aktif dalam aktiviti politik seperti kempen, ceramah dan sebagainya.

Mengikut jejak langkah rakannya seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan lain-lain lagi yang masih aktif lagi dengan banyak push ke Kedai sekarang ini, Hairie kini tekad tidak mahu dikaitkan lagi dengan arena politik.

Gambar Siti Sarah Kini Langsing

Rabu, 30 Oktober 2013

Memang agak mengejutkan bila melihat selebriti kita menjadi duta produk pelangsingan badan apatah lagi perubahannya dapat dilihat dengan beberapa minggu sahaja.

Terbaru Siti Sarah telah menjadi duta atau menjual produk pelangsingan badan yang cukup WOW kesannya. Produk yang dinamakan Royal Slim Lishuo Magic kelihatan masih baru lagi kita dengar.

Nabil Ahmad Dapat Rumah RM1 Juta Percuma

Memetik daripada sumber mStar semalam, Nabil Ahmad dikhabarkan mendapat rumah bertaraf kondominium Antara dekat Persiaran Gurney, Kuala Lumpur secara percuma berharga RM1 juta.

Kisahnya bermula apabila Nabil pergi untuk bertanya mengenai harga kondo itu namun pihak pemaju sanggup memberikan satu lot rumah secara percuma jika dia bersedia menjadi duta kepada syarikat perumahan itu.

Bila Syamsul Yusof Berbicara Soal Islam


Bagus betul Syamsul Yusof atau Sol (hehe, nama gelaran yang diberikan oleh Johan) apabila berbicara mengenai Islam dalam laman sosial Twitter miliknya.

Mengenai hukum hudud sehinggalah soal iman menyangkut kematian serta solat dan aurat yang mempunyai kiasan tersendiri yang cukup menarik kreatifnya.

Gambar Fathia, Miera Yang Cantik

Gambar dibawah adalah gambar Nur Fathia dengan Miera Liyana yang mengayakan rekaan fesyen Aia Bastamam untuk digayakan di satu acara dekat Uzbekistan.

Kedua-duanya memang agak cantik dan manis serta seksi sedikit la sebab ketak kan hehe, apatah lagi fesyen yang dipakainya amat anggun sekali. Jadi pilihan anda siapa, Fathia atau Miera? -gambar Budiey.com

Fizo Lamar Mawar di Pawagam

Memang semua orang sudah tahu yang Fizo Omar bakal  menjadi suami kepada Mawar (duta Fareeda) pada 10 November nanti yakni kurang 2 minggu dari sekarang.

Dan yang pasti persiapan ke arah itu sudah pun giat diusahakan. Namun ada yang korang tidak tahu mengenai episod sebenar bagaimana mereka diketemukan.

Abby Seperti Kebudak-Budakan - Zed Zaidi

Selasa, 29 Oktober 2013

Abby Abadi memang tak sudah-sudah kalau nak kritik kerajaan dan juga selebriti yang bernaung dibawahnya. Terbaru, Abby dikatakan buat hal dengan menyatakan menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam di dalam ceramahnya dekat di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada hari Sabtu lalu.

Zed Zaidi, Presiden Seniman dan juga ahli kuat UMNO menyelar tuduhan tidak berasas Abby itu melalui portal mStar semalam. Zed menganggap Abby tidak sewajarnya mengaitkan mana-mana parti politik dalam penyebab gejala maksiat di dalam industri hiburan tanah air.

Fiza Maki Saya Itu Fitnah - Adam

Memetik portal Kosmo! semalam, dikhabarkan yang rumahtangga Adam AF2 dengan Fiza Elite kini goyang yang juga memetik sebuah sisipan akhbar minggu lalu.

Editor berkenaan mendakwa mengetahui berita ini daripada sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baharu.

Gambar Mizz Nina Bertudung

Khabarnya Mizz Nina kini bertudung setelah selesai menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Wah Alhamdulillah kalau seperti itu. Mizz Nina juga membuka butiknya yang tersendiri yang mungkin terdiri daripada barangan muslimah di http://instagram.com/mizzdemeanormy

8 Gambar Mila AF Bertudung

Baru-baru ini Mila Jirin atau bekas pelajar Akademi Fantasia ini bertudung. Wah. Namun Mila bertudung bukanlah satu perkara yang dimuktamadkan.

Cuma bertudung untuk sesi pembukaan cawangan baru butik Ummiriaz Collection, JB di Shah Alam. Melihatkan Mila bertudung dan bergaun muslimah moden kelihatan ayu dan anggun, alangkah baiknya kalau dapat melihat dia bertudung penuh selepas ini. :) -instagram mila_jirin

9 Gambar Resepsi Ashraf, Sakinah

Awal bulan Julai yang lalu, kita di gemparkan dengan episod poligami oleh Ashraf Muslim. Ashraf berkahwin dengan Wan Sakinah di Thailand ketika itu, dan tanpa kita sedari pernikahan itu secara senyap-senyap dan akhirnya terbongkar.

Ramai yang menghentam Ashraf akibat pernikahannya untuk isterinya yang ke-2 itu. Namun itulah hikmahnya, apabila mereka berdua kini sangat bahagia disamping isteri pertama Ashraf, Dayana.

Gambar Ella Mengandung/Hamil

Isnin, 28 Oktober 2013

Ni gambar terbaru yang admin dapat memperlihatkan gambar Ella mengandung seperti yang dikhabarkan baru-baru ini.

Gambar kedua dari kiri agak jelas perut Ella hamil. Yang lain sukar untuk dilihatkan. Harap Ella baik-baik aje. :)

Sharifah Sakinah Putus Cinta Dan CCTV

Dengar kata, yang Sharifah Sakinah dengan Ahmad Albab yang juga dipercayai kekasihnya telah putus sejak dua bulan yang lalu.

Menurut sumber yang terdekat oleh Editor Utusan, mereka memang sah berpisah. Namun menjadi persoalannya, tidak dipastikan apa sebab utama terjadinya perpisahan itu.

2 Minggu Lagi Fizo Bergelar Suami

Memetik daripada portal Utusan semalam, Fizo Omar bakal bergelar suami kepada model Fareeda, Mawar Abdul Karim kurang dari 2 minggu dari sekarang.

Dan yang pasti mereka kini sibuk dalam persiapan ke arah itu buat masa ini. Difahamkan Fizo akan membuatkan hari pernikahannya cukup meriah dan istimewa sekali tapi bukan dalam konsep mewah cuma bersederhana je.

'Kami Sudah Berbaik' - Pekin

Akhirnya teka teki status rasmi hubungan pertunangan Uqasha Senrose dengan Pekin kini terjawab apabila Sharnaaz tampil membuat penjelasan kepada Pekin sendiri.

Sebenarnya Sharnaaz dengan Uqasha rapat sebelum ini adalah untuk membuat kejutan kepada Pekin bersempena dengan ulang tahunnya yang diadakan tidak lama lagi.

19 Gambar Bulan Madu Fouziah, Suami di Krabi

Minggu lalu Fouziah Gous dan suaminya sempat bergambar depan kapal besar Cruise Ship dalam perjalanan ke pulau Krabi salah satu pulau tercantik di dunia.

Mereka juga difahamkan ditemani oleh jurufoto yang merakam dan menangkap gambar kenangan mereka berdua di sana.

20 Lagi Gambar Pernikahan Diana Amir

Ahad, 27 Oktober 2013

Ini adalah gambar photographer rasmi untuk perkahwinan Diana Amir dengan suaminya, Mohd Habibbullah yang berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Memang indah dan anggun sekali kedua-dua pengantin. Enjoy. -gambar Shah Mohammed Photography

14 Gambar Pernikahan Diana Amir

Sabtu, 26 Oktober 2013

Tahniah kepada pelakon, Diana Amir yang selamat bergelar isteri kepada suami yang juga seorang pensyarah Uitm Merbok Kedah, Mohd Habibbullah A Rahman pada 9.30 malam selepas waktu Isya dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Datuk Jamal Abdillah

Jumaat, 25 Oktober 2013

Tahniah lah kepada raja Pop Negara, Jamal Abdillah yang kini bergelar Datuk (Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)). Ini bersempena dengan hari keputeraan ke-83 Sultan Pahang, semalam.

Tidak ketinggalan juga, Rossa (Sri Rossa Roslaina Handiyani) penyanyi sensasi nusantara yang sama-sama dianugerahkan darjah kebesaran untuk bergelar Datuk.

6 Gambar Kekasih Baru Zalif Sidek?

Zalif Sidek yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Fida Ibrahim beberapa bulan lalu dan akhirnya difahamkan sudah putus, kini menemui pengantinya.

Mana tidaknya dianggap sebagai orang yang bercinta, beberapa keping gambar mesra diantara Zalif dengan Syafrina tersebar di internet.

Faizal Ismail Letak Jawatan di Hot FM!

Semalam penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail (FBI) telah memberikan satu kejutan dimana dia dikatakan meletak jawatan dari Hot FM melalui laman sosialnya di Twitter.

Tidak dipastikan apa punca sebenar FBI yang menjadi tanda tanya peminatnya di radio itu. Bahkan tiada angin dan ribut yang membolehkan FBI melakukan sedemikian.

Menurut portal GUA, pengurusan Ranngkaian Radio Media Prima Berhad telah membuat satu kenyataan rasmi mengenai hal ini..
"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."

Yusry, Lisa Pilih Red Warrior

Perlawanan separuh akhir 2 Piala Malaysia 2013 diantara Kelantan vs ATM akan berlangsung tak lama lagi. Dan pastinya seleberiti juga tidak ketinggalan untuk meletakkan harapan dan sokongan terhadap team kesayangan mereka.

Lisa Surihani yang menutup kepalanya dan suaminya, Ahmad Yusry memilih Kelantan dalam meneruskan perjuangan team itu untuk menjadi juara Piala Malaysia nanti. Meh tengok video sokongan dari Lisa dan Yusry.

Sah Putus! Pekin Ada Bukti Uqasha Dengan Sharnaaz

Memetik portal Kosmo! semalam, Pekin sudah mengesahkan yang tali pertunangan dia dengan Uqasha Senrose sudah berakhir.

Kisah menyulam percintaan sejak bulan Februari dan bertunang 5 bulan kemudian bukan jaminan sebenar bahkan ianya idak bertahan lama apabila Pekin mendedahkan yang Uqasha bersikap curang kepadanya dengan mempunyai hubungan dengan pelakon, Sharnaaz.

Semalam ibu Uqasha belum memutuskan yang mereka sudah putus, tapi rasanya pengakuan Pekin sepertinya sudah ke arah itu.

Gambar Pra-Perkahwinan Rozita Che Wan di London

Khamis, 24 Oktober 2013

Ha inilah dia gambar pra-perkahwinan Rozita Che Wan yang dikatakan diambil di beberapa tempat menarik sekitar London yang sebelum ini ditemani keluarga adiknya, Ayu Raudhah.

Namun tidak kelihatan Zain Saidin di gambar yang dipetik oleh Facebook photographer rasmi perkahwinan mereka, AnnasEaskey Photography.

Pekin, Uqasha Belum Putus Lagi - Ibu

Episod pasangan selebriti yang bertunang, Pekin Ibrahim dengan Uqasha Senrose yang dikatakan putus baru-baru ini telah disangkal oleh ibu kepada Uqasha sendiri.

Ianya daripada laporan akhbar tempatan yang mendakwa ada pihak ke-3 di dalam pertunangan mereka itu, dia adalah Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz juga menafikan dakwaan itu, dan mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar.

Memetik daripada portal mStar, ibunya, Rosmizai tiada apa-apa berlaku di dalam pertunangan dikedua-dua pihak dan masih dalam ikatan pertunangan lagi.

10 Gambar Percutian Ayu, Zaquan ke London

Baru-baru ni Ayu Raudhah dengan suaminya, Zaquan Adha serta anak sulung mereka pergi ke kota Metropolitan London untuk makan angin. Bahkan percutian mereka kali ini tidak hanya satu keluarga, namun Rozita Che Wan juga turut ikut serta. Katanya untuk sesi photoshoot perkahwinan dia dengan Zain Saidin. Next Post yer gambar mereka Rozita dengan Zain ok. :)

Ella Hamil Anak Sulung?

Dikhabarkan yang Ella telah berbadan dua aka mengandung/hamil anak sulung. Difahamkan lagi, suaminya, Azhar telah memberitahu di dalam laman sosial miliknya beberapa hari yang lalu.

Kalau betul, tahniah dan semoga Ella menjaga kandungannya itu dengan berhati-hati. :)

13 Gambar Bahagia, Adam dan Fiza

Tip top dah berusia sebulan rumahtangga suami isteri selebriti Fiza Elite dengan suaminya, Adam AF. Mereka rasanya cukup bahagia, dengan penampilan Adam yang sering kali berubah dari biasa kepada serban dan Fiza tetap mengekalkan fesyen lamanya bertudung.

Baguslah macam itu, apa-apa pun semoga bahagia ok. Layan.

Betty Banafe Bakal Melahirkan Anak Perempuan

Rabu, 23 Oktober 2013

Penyanyi, Betty Banafe yang kini sedang hamil 7 bulan dijangka akan bersalin anak perempuan dan juga anak sulungnya.

Meski pun soal jantina anak yang dikandungkan ingin dirahsiakan Betty, namun suaminya, Bruce Dargus telah menyatakan hal itu menerusi program TV3, 'Melodi', Ahad lalu.

Zizan, Emma Confirm Bercinta?

Menurut laporan HarianMetro semalam, hubungan Zizan Razak dengan Emma Maembong sepertinya sudah ada bunga-bunga. Dan dakwaan sisipan itu, Zizan dan Emma kelihatan bersama-sama berduan pergi menonton wayang hujung minggu lalu, tidak dipastikan wayang apa.

Menurut sumber itu lagi, mereka berkelakuan slamba dan rilek walaupun yang pasti ramai yang menyedari serta memerhatikan gelagat mereka berdua. Mungkin atas dasar kawan, jadi mereka sepertinya biasa-biasa sahaja.

Gara-gara Enggan Buka Tudung, Nana 'Ditendang'

Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat aka bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat. :)

Penyanyi Era 80an, Noreen Noor Meninggal Dunia

Salam takziah kepada keluarga pelakon serta penyanyi pada era 80-an yang masih mengenali arwah, Noreen Noor yang meninggal dunia awal pagi semalam kira-kira jam 6 pagi, Selasa di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai Merlimau di sini pada pukul 1.40 tengah hari hari yang sama selepas selesai solat Zohor, Selasa.

17 Gambar Percutian Neelofa di Maldives

Sepertinya memang best melancong sampai ke Pulau Maldives ni. Sehinggakan Neelofa menghabiskan masa-masa terluangnya di sana dengan beberapa orang rakannya baru-baru ini.

Nanti korang kalau ada masa lapang, bolehlah bercuti kat sini. Nampak macam menarik. Tapi pastinya kosnya mahal sedikit. :)

Aksi Luna Maya Memeluk Aeril Peterpan

Selasa, 22 Oktober 2013

Siapa tidak kenal Ariel Peterpan yang terkenal kerana lagu-lagunya yang mantap di nusantara ini. Bahkan episod dia dipenjara kerana penyebaran aksi video pornonya dengan mantan pacarnya dan juga bintang, Luna Maya hampir memusnahkan sepenuh kerjayanya.

Ariel sebenarnya sudah bebas sepenuhnya pada 21 September 2013 yang lalu, manakala Luna Maya masih perlu melaporkan diri sehingga 21 September 2014 sebelum bebas sepenuhnya.

Gambar Bulan Madu Fouziah Gous, Suami

Ini adalah gambar bulan madu pelakon, Fouziah Gous dengan suaminya, Zhafran. Bulan madu yang boleh dikatakan mewah ini menunjukan pasangan ini menaiki kapal persiaran laut mewah, Cruise Ship daripada destinasi Penang ke pulau Krabi. Nah inilah yang dikatakan bercinta selepas berkahwin, romantik bukan. :)

Rambut Terbaru Stacy

Wah bukan main lagi rambut Stacy ni. Macam version punk pon ada. Tapi punk ke bawah lah. Hehe. Dia buat fesyen macam ni untuk sisipan Hits akhabar Utusan hari ini, 20 Oktober.

Ziela Jalil Kini Langsing!

Wah tak sangka, bentuk badan Ziela Jalil kini dah slim dan turun dengan mendadak. Melihat foto yang terbaru di muatnaik di laman sosial Instagram miliknya @zielajalil, kelihatan sekali dia amat langsing dengan menggunakan produk tertentu.

Kemungkinan produk hasil usaha perniagaannya senditi. Waktu Hari Raya AidilFitri kelihatan badan Ziela seperti sebelum tu, tak sangka 2 bulan dia berbentuk badan begini, apa yang tidak mustahilkan. :)

Gambar Nora Danish, Nadem Bercuti di Eropah

Tak usah diragukan lagi, memang Nora Danish yang kerap meletakkan gambar dia dengan jejaka anak pak Menteri, Nedim Nazri Aziz di laman sosial membawa maksud mereka sudah 'loving couple'.

Walaupun bagi Nora dia tidak suka istilah bercinta hanya mahu anda tahu yang mereka berkawan rapat sahaja.

Kekasih Baru Shah Iskandar?

Isnin, 21 Oktober 2013

Dengar kata pelakon kacak, Shah Iskandar dikatakan rapat dengan kakak kepada pelakon, Anzalna. Menurut sisipan Utusan, nama kakak Anzalna itu adalah Diana.

Terbukti dengan gambar mereka berdua di salah sebuah cafe Starbucks. Kalau betul baguslah, mungkin lepas ni pasti ada penafian. Haha.