Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jep Sepahtu Parodi Bini Mat Yo

Isnin, 30 September 2013

Video parodi bini Mat Yo memang banyak dimuatnaik ke dalam YouTube. Pelbagai version dikeluarkan daripada kaki kelentong seluruh Negara.

Selebriti juga tidak ketinggalan untuk membuat aksi ini. Terutama baru-baru ni dalam rancangan SuperSpontan 2013 beberapa hari yang lalu.

Gambar Bakal Tunang Fizo Omar

Ini lah dia bakal tunang Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang juga model tudung Fareeda. Mawar juga adalah anak kepada pengasas kepada jenama tudung popular itu.

Fizo akan membuat sidang media akan tarikh pertunanganya itu kepada media dalam masa terdekat ini. Dan yang pasti, 28hb Ogos lalu, keluarga Fizo sudah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Mawar.

Gambar Anak Siti Sairah Edisi September

Ni gambar anak kepada penyanyi Siti Sairah Umai dan Ahmad yang kini masing-masing masih lagi kecil. Perkembangan terkini memang tiada apa-apa cuma nak beritahu Siti Sairah hamil anak ke-3.

Jum layan edisi September 2013 gambar mereka ni. :) -instagram SitiSairah

Janda Berhias, Ramai Datang Memikat!

Sisispan Bpop Bharian semalam, Ahad menceritakan yang Rita Rudaini ni sebenarnya adalah janda berhias. Dan tidak disangka 'saham' Rita naik dan kedengaran ada segelintir orang nak cuba pikatnya.

Yang nak pikat Rita bukan calang-calang orangnya, orang berpangkat VIP. Tapi Rita akui buat masa ni hatinya belum terbuka untuk menerima sesiapa selepas bercerai dengan suaminya, Aidil Zafuan beberapa minggu yang lalu.

Gambar Merisik Zain, Rozita Tersebar

Semalam portal mStar ada memaparkan gambar ekslusif dimana Zain Saidin dan Rozita Che Wan (che Ta) merisik yang berlangsung pada hari Ahad semalam di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Ini disahkan lagi oleh pengurus Che Ta sendiri dimana majlis itu berlangsung jam 3 petang dengan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir.
"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” -pengurus
Zain yang dihubungi tidak menafikan hal itu, namun merasa hairan mengapa media boleh dapat tahu hal privasi ini. :(

Fauziah Letak Patung Babi di Atas Tudung?

Ahad, 29 September 2013

Macam-macam hal dunia zamans sekarang ni, Fouziah Gambus yang juga penyanyi gambus sudah buat kontroversi baru-baru ini dengan meletakkan patung 'babi' di atas kepalanya yang bertudung itu dan dimautnaik ke dalam laman sosial Facebook.

Tujuannya hanya suka-suka dan menganggap ianya perkara kecil sahaja yang tidak perlu digembar gemburkan kesensitifannya. Pendapat korang? -gambar Cari (klik untuk besarkan)

Gambar Nabila, Kiesha Kini Stabil

Sabtu, 28 September 2013

Pada 8 September yang lalu, mencatatkan detik hitam buat Nabila Huda apabila kenderaan yang dinaikinya terbabas dan terbalik, melibatkan dia dengan anak kandungnya Kiesha.

Kini sudah 2 minggu berlalu keadaan mereka berdua bertambah stabil. Dan semakin ceria di hari-hari berikutknya. -Instagram Kupu_kupu

Edisi Betul - Isteri Mat Yo Minta Maaf!

Akhirnya Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha @Mat Yo sudah pun membuat kenyataan maaf melalui portal Bharian semalam kepada rakyat Malaysia yang tersinggung kerana videonya dengan pegawal keselamatan itu.
"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,”

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,”
"ko ingat ko je kaya, aku pun kaya ok. Hehe. (gambar pengawal keselamatan bersama kereta mewah mungkin kawan dia punya)

Amy Search Upload Gambar Patung Mengandung Sebab....

Jumaat, 27 September 2013

Agak pelik apabila Amy Search menempekkan gambar patung dengan baju orang yang mengandung ke dalam Instagram. Namun pelik ke tidak, itu belakang cerita, yang pasti ada cerita disebalik gambar itu.

Amy dalam statusnya tertulis memohon doa agar isterinya bakal mengandung tidak lama lagi. Kalau betul isterinya nak mengandung/hamil lagi, baguslah, kami tumpang gembira juga. :)

Video Support Dari Fan Mat Yo (Dislike!)

Dalam kelut yang melanda isteri dan juga Mat Yo sendiri mengenai video dengan pengawal keselamatan yang sudah tersebar itu, ada juga penyokong tegar yang memberikan support untuk Mat Yo.

Video yang berdurasi kurang dari seminit itu menunjukkan hampir 20 orang penyokong tegar Mat Yo menyanyikan lagu ketika Mat Yo baru habis latihan agaknya.

Gambar Shaheizy Sam untuk Adnan Sempit Sawadeekap

Apa jua filem yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam pastinya mendapat sambutan, dia juga salah satu pelakon yang paling laris kalau berlakon untuk sesebuah filem.

Yang terbaru adalah filemnya yang bakal meletop edisi Thailand gitue, Adnan Sempit Sawadeekap arahan produksi MiG. Jom lihat aksi dia ketika shooting untuk filem berkenaan dengan rakan-rakan artisnya yang lain.

Gambar UlangTahun ke-2 Perkahwinan Memey, Norman

Dalam tidak diam dah dua tahun pasangan suami ister selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza berumahtangga.

Mereka bernikah pada 24 September 2011 itu menyambut ulangtahun ke-2 baru-baru ini di kediaman mereka dengan meriah selain aktiviti memotong kek.

Gambar Sekitar Pernikahan Adam AF, Fiza Elite

Tahniah! Dengan sekali lafaz, Adam AF2 (Mohd Aizam Mat Saman) dan Fiza Elite (Siti Zaidatul Fiza) selamat bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam, 26 September kira-kira 10.30 pagi.

Fiza menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Gambar Anak-anak Eizlan, Vie Shanty

Khamis, 26 September 2013

Dah besar anak Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Shantie, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Vie Zaalia kini dah berusia 2 bulan lebih dah. Gambar Zaalia kurang dimuatnaik oleh Vie Shantie ke dalam laman sosial instagramnya berbanding dua anaknya yang dah besar. Tunggu sedikit masa lagi, kalau dah besar mesti banyak dimuatnaik. Hehe. Jom Layan. -Instagram vieshantie

Gambar Terkini Anak Eira, Azad Edisi September

Ha dah lama tak nampak anak comel dari Eria Syazira dan Azad Jasmin kan. Ini adalah foto terbaru mereka sekeluarga. Memang tak dinafikan Amarra Sofea Rose kini sudah berusia 8 bulan. Agaknya muka dia ikut siapa? Eira atau Azad?.

Dan tidak pasti mungkin sudah dapat berjalan atau ada gigi, mana lah tahu kan. Hehe. -Instagram eirasyazira

Fizz Fairuz Rancang Kahwin Almy Nadia 2014

Due merpati ini kini berpaut kembali, baguslah, Fizz Fairuz dengan Almy Nadia. Walaupun dengar sebelum ini mereka bersahabat selepas insiden pertunangan Fizz Fairuz yang kontroversi itu, kini mereka sepertinya sudah copule bali.

Mereka kerap kelihatan bersama akhir-akhir ini dimana memetik portal GUA, mereka kelihatan bersama ketika Fizz menemani Almy ke studio SuperSpontan 2013 dan ketika perlawanan bola sepak sempena Fiesta Bola dan Muzik ERAvaganza di Melaka dan yang paling latest sekali di 'Bootcamp Liga Lawak Superstar 101' di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Rozita Che Wan Tunang Hari Ini?

Memetik daripada portal Murai, Rozita Che Wan sudah di risik semalam, Rabu dan juga majlis pertunangan akan diadakan pada hari ini.

Agak terkejut juga mendengar cerita ini. Ini dikuatkan lagi oleh laman sosial Twitter yang bertugas sebagai jurufoto untuk Che Ta.

Tapi yang pelik, banyak media tidak dihebahkan mengenai hal ini, walhal Che Ta adalah selebriti terkenal.

Kalau betul baguslah, Zain Saidin juga sudah berasa lega dengan majlis yang bermakna ini. :)

Video - Akhirnya 'Bini Mat Yo' Mohon Maaf

Akhirnya bini Mat Yo meminta maaf kepada mana-mana yang terlibat ketika ensiden beberapa hari lalu dengan pengawal keselamatan sebuah airport tempatan.

Video minta maaf ini memang khas untuk anda.. Dipetik daripada laman Youtube semalam. pasang Earphone anda, sound nya tak berapa kuat. Hehe.

SirapLimau.com Khas Untuk Wanita

Mengikut statistik admin, kebanyakkan pelawat blog ini adalah wanita dengan lebih kurang 70% berbanding dengan lelaki 30%. Namun ini adalah disebabkan wanita memang mengemari hiburan dan juga informasi buat mereka. Melainkan lelaki yang hanya gemar berinternet untuk bersosial dan mencari teman.

Namun blog izyan.com bukanlah selengkap mana dengan informasi yang diminta. Memang hanya memfokuskan dunia artis berbanding dunia masa kini. Ada satu blog yang mungkin anda belum ketahui lagi penulisan dalam blog itu berguna buat diri anda kini dan masa akan datang.

Gambar Separuh Bogel Kekasih Yuna?

Rabu, 25 September 2013

Memetik daripada portal Cari, kekasih kepada Yuna, Jules Schratter dikatakan sanggup bergambar separuh bogel yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagramnya beberapa hari lalu.

Gambar itu sebenarnya adalah untuk sesi photographer iaitu sebahagian daripada hobi Jules Schratter sendiri. Tapi tindakan Jules Schratter ini sepertinya memberikan persepsi negatif dari orang ramai mengenai 'bakal' calon suami Yuna ni.

Itu terserah Yuna bagaiamana dia nak bimbing Jules Schratter sekiranya betul-betul nak dijadikan suami satu masa nanti.

Gaun Pengantin Raja Azmi RM30,000!

Menurut portal Murai, pengarah filem, Raja Azmi sudah membuat persiapan perkahwinannya ke-2 dengan tunangnya, Eddie Ghazali tidak lama lagi yakni pada 13 Okotber di Istana Budaya. Persiapan itu merangkumi pelbagai aspek daripada hataran sehinggalah kepada pelamin.

Menurut sumber yang dipercayai, gaun baju pengantin Raja Azmi adalah gaun yang cukup istimewa sehingga memukau mata memandang. Walaupun tidak diketahui secara terperinci, namun dapat dibongkarkan sedikit yang gaun berkenaan ada ciri-ciri kesukaan Raja Azmi sendiri, iaitu Rose Gold dan bakal dipenuhi labuci, manik-manik serta batu swarovski.

Gaun itu direka khas oleh Leslie Varayan dengan nilai lingkungan RM30,000.!

Farid Kamil Lempang Nora Danish sebab..

Amboi-amboi bukan main lagi Farid Kamil ni bila dikhabarkan semalam melalui portal GUA yang dia sanggup memukul dan memberikan kekerasan terhadap pelakon jelita, Nora Danish.

Bukannya mereka ada pertalian apa-apa pun, baru sahaja kawan dah macam hal berlaku. Sehinggakan Diana Danielle pun melepaskan tangan. Tapi takpe, biarkan dorang, tahu lah mereka berdua nak uruskannya.

Sebab ini semua dalam filem terbaru lakonan Farid sendiri dengan Nora Danish, Bencinta
"Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora. Walau begitu, secara realitinya, saya menentang 100 peratus keganasan kepada pihak wanita. Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin,"

"Cabaran watak ini sangat besar. Saya diberi mandat untuk memukul wanita yang juga merupakan isteri saya. Saya kena berhati-hati dalam melakonkan watak tersebut, lebih-lebih lagi ketika babak yang memerlukan saya memukul Nora. Apabila kami melakukan babak aksi pukul memukul, Nora telah memberikan sepenuh kerjasama untuk memenuhi tuntutan watak masing-masing," -Farid
Dalam hal lain, anak Farid dan Diana Danielle, Muhammad akan mengadakan majlis kenduri akikah dan ianya mendapat hak ekslusif Astro untuk ditayangkan kepada umum. Dan itu semua masih dalam proses dan tarikhnya belum diketahui lagi.

Isteri Mat Yo Gaduh Dengan Pengawal Keselamatan (video)

Kecoh juga baru-baru ni apabila mendapat tahu kes isteri kepada pemain bola Nur Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang dikatakan menghina dan mencaci seorang pengawal keselamatan tahap pakcik di sebuah lokasi parking.

Isteri Mat Yo sengaja merakamkan aksi perang itu tidak dipastikan untuk mempamerkan di media sosial atau untuk bahan bukti kepada pihak atasan pengurusan keselamatan berkenaan atau juga saman.

(Gambar) Adam AF, Fiza Elite Kahwin Esok

Tiada ombak tsunami dan ribut kencang. Tip top Adam AF2 akan bernikah dengan Fiza Elite pada hari esok, Khamis bersamaan 26 September di JAIS pada pukul 10-11 pagi.

Ini disahkan lagi sendiri oleh Adam di dalam portal mStar semalam. Dimana dia tidak kesah sangat mengenai status janda anak dua Fiza.

Ok lah tu kan, Fiza pon dah bertudung, Adam pon dah berubah kepada Islamik, memang padan dan cocok lah kan dorang.
"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua piahk dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas,"

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah,

"Ibu saya mula-mula risau sebab takut Fiza tidak boleh terima keluarga kami, maklumlah kami bukan golongan kaya dan hanya tinggal di kampung.

"Tapi selepas membawa Fiza bertemu dengan keluarga pada Hari Raya lalu, semua keluarga saya menyukai dia," -Adam AF

Gambar Black, Naquia Bulan Madu di...

Selasa, 24 September 2013

Gambar dibawah adalah gambar bulan madu penyanyi Black Hanifah dengan isterinya, Naquia Yasirah. Lokasinya adalah di sekitar tempat menarik di Pulau Langkawi.

Mereka selamat menjadi suami isteri pada 13 September yang lalu. -Instagram Black Hanifah

Afiq Muiz 'Larikan' RM30,000?

Kecoh apabila Afiq Muiz yang menjadi satu kontroversi satu masa dahulu mengenai isu ibunya kini datang lagi isu yang melanda dirinya iaitu melarikan diri setelah menerima wang pendahuluan produksi RM30,000 dari Global Station Sdn. Bhd.
"Semua dakwaan itu tidak benar. Maaf saya sibuk, saya tidak mahu komen apa-apa," -Afiq
Mengikut cerita dari Utusan itu lagi, Afiq sebenarnya memang menerima wang itu dengan mengikat kontrak dengan Global. Tetapi Afiq direhatkan dari Global kerana isu dia dengan ibunya dahulu.

Setelah redah dan aman isu itu, pengurus Global menghubungi Afiq untuk berlakon semula namun Afiq dikatakan gagal untuk menyambut sebarang telefon dan membalas SMS daripada pihak Global.

Tahniah! Sharifah Sofia Selamat Bersalin Anak ke-2

Tahniah kepada Sharifah Sofia kerana selamat melahirkan anak ke-2 yang juga berjantina perempuan baru-baru ini.

Tidak diketahui nama anak ke-2 Sharifah Sofia ni, yang penting memang kedua-dua anaknya ni comel belaka ikut emaknya juga. :) -instagram SharifahSofia

Johan Belikan Beg RM200k Untuk Ozlyn?

Ini adalah sisipan HariaanMetro edisi 22 September 2013. Dimana menyatakan yang Johan telah memberikan hadiah istimewa berupa bag tangan yang bernilai RM200,000 kepada isteri tersayangnya, Ozlyn.

Ini bermula apabila Ozlyn menunjukkan gambar beg tangan idamanya kepada Johan berjenama Berkin. Kalau nak diikutkan harga setiap bag Berkin memang mahal bapok, ribu dan puluhan ribu sampailah ke ratusan ribu.

Tapi tak pasti betul ke dakwaan sisipan ini yang menyatakan RM200,000 harga sebenar beg tangan itu. Secara logik, memang Johan akan fikir dua kali untuk membelinya. Sebab super jutawan sahaja yang mampu beli bag macam ni. Lainlah kan logiknya beg ni Johan beli dalam lingkungan RM2,000-RM20,000..

Tapi tiada yang mustahil kalau bab sayang-sayangi ni.

Kondo RM2 Juta Hadiah Buat Haliza Misbun

Ha bukan main lagi hadiah harijadi ke-40 Haliza Misbun jah. Kondo bernilai RM2 Juta daripada kekasihnya yang juga seorang jutawan berketurunan Melayu.

Hadiah ini diberikan pada 14 Mac yang lalu ketika sambutan harijadi Haliza. Yang paling musykil Haliza mencintai lelaki ini.

Mungkin sudah tiba masanya Haliza sudah bertemu dengan lelaki idamannya dan seterusnya akan berumahtangga dengan lelaki yang cocok dengan dirinya kan. :) klik untuk besarkan..

Scha Al Yahya Hidap Ketumbuhan Dalam Rahim

Isnin, 23 September 2013

Meskipun bukan kali pertama Shcha Alyahya menjalani pembedahan, debaran tetap ada apabila diusung masuk ke bilik bedah pada 5 September lalu.

Hanya Tuhan tahu betapa terkejutnya dia apabila disahkan mengidap Endometriosis ketika melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sehari sebelum itu.

Tidak terlintas di fikiran sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah itu. Berkongsi pengalaman itu, dia yang pernah mengidap apendiks sepuluh tahun lalu bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal sebelum beralih ke fasa lebih serius.

Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Lentera Timur

Baru-baru ini Dato' Siti Nurhaliza ada membuat persembahan Konsert Lentera Timur yang difahamkan berjalan selama 3 malam berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini adalah konsert dimana mempersembahkan muzik/lagu tradisional dengan diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Tiket dia memang mahal juga dari RM78 sehingga RM518, tapi memang berbaloi lah rasanya, melihat persembahan ini. -Instagram CTDK | rozisangdewi

Gambar Percutian Rita Rudaini di Sipadan

Gambar dibawah adalah gambar percutian Rita Rudaini dengan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, serta Airit Rafqa Arjuna berumur 2 tahun dan juga beberapa orang rakannya ke Pulau Kipalai, Sipadan Sabah dari 17 September sehingga 20 September yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan disana adalah melakukan skuba dan snorkeling. Jom Lihat keindahan pulau ini. :) -Gambar Murai | RitaRudaini.

Jual Pakaian Dalam Rozita Che Wan?

Terkejut juga membaca sisipan Utusan semalam, yang menyatakan Rozita Che Wan atau Che Ta menjual pakaian dalam.

Kisah ini bermula ada seseorang yang mengatakan menjual barang yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta.

Ha paling teruk lagi, bila didakwa ianya barang pakaian dalam yang pernah dipakai oleh Che Ta di dalam set penggambaraan filem/drama.

Rasanya tidak logik jika pakaian dalam yang private itu dilepaskan ketika proses penggambaraan aktiviti filem/drama.

Adakah ini kemungkinan salah satu teknik orang yang cemburu untuk melihat Che Ta dan Zain Saidin berpisah dan berakhir.?

Nor Anggerik Renesmee, anak ke-3 Rabecca Nur al Islam

Tahniah kepada pelakon Rabecca Nur al Islam kerana di beritakan selamat melahirkan anak ke-3 nya di Hospital Gleanegles, Ampang semalam, 2 September kira-kira jam 9.30 pagi.

Bayi seberat 3.74 kilogram itu diberi nama Nor Anggerik Renesmee. Suami, Nor Azam bersama-sama Rabecca selepas dan sebelum waktu bersalin (pembedahan).

Gambar Pernikahan Fouziah Gous, Zahfran

Ahad, 22 September 2013

Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor semalam pada pukul 9.30 malam.

Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan.

Usia Kandungan Nana Mahazan 3 Bulan

Sabtu, 21 September 2013

Nana (Nor Hana Che Mahazan) baru-baru ini mengumumkan dia sedang hamil/mengandung lagi untuk anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Brian. Berita ini sudah pun ramai mengetahui namun ketika itu perut Nana tidak sebesar khabar berita.

Kali ini memetik daripada portal Utusan, usia kandungannya kini sudah mencecah 3 bulan. Nana kini mempunyai anak perempuan bernama Althea Raqeem Brian.

Hafiz Hamidun Ulang Tahun Ke...

Pagi tadi, pengacara dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun sempat mengemaskini status Facebooknya. Di Statusnya itu tertera di mana dia kini sudah berusia mencecah 29 tahun.

Bermaksud hari ini adalah ulang tahunnya ke-29. Syukurlah macam itu, dah besar panjang kan. Semoga panjang umur dan dimurahi rezeki. Dan juga dapat jodoh yang baik-baik gitu. :)

Yasmin Hani Komen Gambar Hamil Kontroversi

Jumaat, 20 September 2013

Admin dah buang dah post mengenai gambar hamil Yasmin Hani yang dikatakan kontroversi dimana gambar dia hamil 32 minggu sambil dilukis ntah apa-apa di perutnya itu tersebar di internet.

Yang peliknya bila dah terjadi (tersebar), baru nak terhantuk kepala. Ramai yang mengomen mengenai tindakan Yasmin ini seolah-olah dia kurang cermat menjaga hak pribadinya.

Kad Pelajar dan Anak Diana Danielle

Ni adalah kisah Diana Danielle mengenai dirinya yang difahamkan memang sah menjadi pelajar di universiti dekat Australia, NIDA, The National Institute of Dramatic Art. Dimana banyak spikulasi yang menyatakan dia bukan belajar di Australia.

Ini terbukti apabila dia mempamerkan kad pengenalan pelajarnya di laman sosial miliknya. Ditambah lagi gambar anaknya yang terkini, tapi tidaklah 'full' melihat gambar anaknya itu.

Yang menjadi persoalan adalah mengenai mata anaknya itu. Ada diantara pengomen gambar itu memberikan gambaran jelas yang anak itu sepertinya sudah besar daripada biasa memandangkan baru berusia 2 bulan sampai gaduh gitu. Hehe.

siti_syuhaida Sshnya diana nk tunjuk bby dia..kesian pminat2 1d
cthidayah456 Uii besar dah baby u @dianadanielleb 23h
lelamanja11 Budak tu dah besar sgt nampak..bukan ke baru lepas pantang.. 23h
rumpailaut Nampak mate je pon dah bleh tau ke besar sgt? Pffftttt propaganjil je ko no @lelamanja11 22h
mariaoyya @lelamanja11 ko diam ah. Nak buruk sangka la tu 19h
aliaa_anwar @lelamanja11 x semestinya lps pantang baby kena kecik lg.. ni mesti xpnh ada anak lg. Tau ckp ja 12h
ainakira Macam lah BAPAK kau yg bg anak die makan yg kau kesahkan baby die besar. Sedeyhhhhh!!!! Biar laborg tu bahagia ade anak, kau busuk hati betul. 8h

Gambar Sufi Harraz, Anak Anne Ngasri

Anak Anne Ngasri yang terkini bernama Sufi Harraz ni dah berusia nak masuk seminggu lebih. Lihat wajahnya persis ayahnya kan. Sihat dan keadaannya juga memang comel. -Instagram AnneNgasri

Gambar Dayana, Ashraf Berbulan Madu

Walaupun menyedari sudah dimadukan oleh Ashraf Muslim dengan dinikahkan dengan Wan Sakinah di Thailand bebrapa bulan lalu, isteri pertama Noor Dayana sepertinya tidak diabaikan oleh Ashraf sendiri.

Dia dibawa berbulan madu ke pulau Pom Pom, sabah baru-baru ini. Dayana sempat memberikan komen mengenai percutiaannya itu di dalam laman sosial. -gambar BeautifulNara

Tun Mahathir Akan Berlakon Dalam Filem..

portal Mediahiburan semalam menyataka yang bekas PM ke-4 Malaysia, Tun Dr. Mahathir akan membuat penampilan sulung untuk filem tempatan.

Filem berunsur patriotik itu yang diberi judul 'Kapsul' adalah arahan Martias Mohd Ali.

Sesi pengambaraan filem ini akan dijalankan pada bulan Disember 2013 mengisahkan kapsul Wawasan 2020.

Selebriti lain yang turut menjayakannya adalah Faizal Hussein dan juga Shaharuddin Thamby serta pakar motivasi, Irfan Khairi.

Rozita Che Wan Gemar Berbaju Ketat Sebab..

Khamis, 19 September 2013

Ha itu dia, dalam nak kelihatan langsing, ramai orang nak amik jalan pintas nak kuruskan badan dan menyusutkan berat badan.

Tak kisahlah dengan cara mengambil pil, krim dan juga pemakaian khas. Tapi yang bagusnya amalkan bersenam dan makanan seimbang.

Namun lain pula ceritanya kat Rozita Che Wan or Che Ta ni. Dia sanggup berpakaian ketat untuk menjaga berat badannya dalam usia menjangkau 40 tahun ni yakni dengan mengetahui badan naik atau tidak
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," -Rozita Che Wan. mStar

Amy Search Nafi Bangkrap

Semalam surat layangan yang menyatakan penyanyi Amy Search bakal jatuh bangkrap telah mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.

Amy yang dihubungi memetik portal SinarHarian semalam, hanya menyatakan seringkas ini sebagai tanda dia tidak berada di situasi itu..
"Tak, tak"
Tidak dipastikan 'tak' yang dimaksudkan ini, tak mahu komen, atau tak itu bukan saya. Jadi kita ambil pendekatan paling dekat ok, biar bangkrap di dunia, jangan bangkrap di akhirat. :)

Gambar Resepsi Black Mentor

Gambar dibawah adalah gambar resepsi penyanyi Black Mentor dengan isterinya, Naquia Yasirah pada 14 September lalu bertempat di Zebra Square.

Suasana turut diwarnai dengan kehadiran Ahmad Nabil sebagai moderator majlis. Umie Aida, Mas Idayu, Farawahida, Tomok, Iqram Dinzly, Norish Karman dan Ifa Raziah diantara selebriti yang turut memeriahkan majlis. -Gambar Murai

Ella Masih Seperti Dahulu

Wah tak sangka Ella masih lagi mengakui dirinya seperti dahulu. Semenjak menjadi isteri, perubahan pada diri Ella tidak banyak berubah.

Walaupun belum lagi melihat tanda-tanda kehamilannya, namun Ella mengakui masih lagi berusaha ke arah itu.

Dan kadang kala aktif melakukan konsert nyanyian seperti biasa.