Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hot! Faizal Tahir 'Berperang' di Twitter

Jumaat, 30 Ogos 2013

Kadang kala laman sosial ni boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau pergaduhan. Yang ini memang tidak perlu dinafikan, kalau ada orang komen negatif atau yang bersifat pribadi, kita akan merasa tidak senang hati.

Tapi itu semua bergantung kepada cara kita menyampaikan sesebuah mesej. Jika mesej kita lebih kepada kebaikkan, orang akan hormat kita, tapi juga sebaliknya.

Gambar Fida Ibrahim Seksi

Pakaian Fida Ibrahim ni kadang kala tak tentu arah. Ada yang sopan ada juga yang terlebih sopan. Bahkan pernah sesekali dahulu sampai mendapat kritikan juga dia terima walaupun menutup aurat.

Yang terbaru mengenai gambar ketatnya yang menampakkan sebahagian bentuk susuk badannya telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram. Dan mendapat kecaman daripada pihak kaum Hawa.

Video Tidak Pakai Seluar Kilafairy

Baru kali ini Kilafairy mengomenkan mengenai video yang dikatakan dia tidak berseluar yang tersebar luas akibat dek dimuatnaik oleh pihak lain di dalam laman sosial Youtube pada Julai lalu.

Namun video itu sudah dipadam oleh Kilafairy di dalam laman Instagram miliknya. Video itu dikatakan amat kontroversi memandangkan dimuatnaik pada bulan Ramadan yang suci. Ini komen Kila memetik portal Malaysian Digest

Gambar Qi Razali Waktu Kanak-Kanak

Eh kebanyakkan selebriti yang lahir ni dari kelompok kanak-kanak yang aktif dalam bidang pengiklanan ker. Tak sangka murah rezeki sungguh kan. Mungkin nampak sudah bakat tu dah ada, cuma nak asah je lagi, ni lah bakat-bakat original, meningkat dari tahap bawah. Ni gambar Qi Razali atau Qushairi Razali waktu dia kanak-kanak lagi.

Program realiti, tip top sekejap je popular. Huehue..

FIlem KL Gangster 2 Bocor, Salah Siapa?

Kesihan kat pengarah muda, Syamsul Yusof. Belum lagi filem KL Gangster 2 ditayangkan di panggung wayang, adalah pula orang jahil yang dah keluarkan terlebih dahulu kat internet.

Bahkan tidak mahu putus asa, sudah di delete oleh pihak berwajib di laman sosial YouTube, orang jahil ini masih lagi berkeras memuatnaik filem berkenaan untuk tatapan umum dengan menggunakan akaun baharu, kalau tidak silap 29hb masih lagi ada.

Tidak dapat dipastikan bagaimana dia mendapatkan salinan filem berkenaan. Ada kemungkinan besar, orang dalam produksi atau panggung wayang yang bersangkutan dalam bekerjasama. Tapi apa-apa pun biarlah diharap siasatan akan dijalankan oleh PDRM dan sebagainya.

Tak ker ratusan ribu Ringgit rugi ni Syamsul akibat dek orang jahil ni ada sebulan lagi sebelum masa penayangan rasmi dibuat. Admin cadangkan agar filem ini dipercepatkan tayanganya, kalau dah sampai di tangan 'Ah Cai', habis dia copy kemudian jual sebagai DVD haram. Ye la, kedai DVD/CD sekarang ni tumbuh bagai cendawan selepas hujan, merata-rata dah ada.

Apa-apa pun sabarlah Syamsul, semoga orang jahil itu sedar.


Gambar Anak Kris Dayanti Terkini

Khamis, 29 Ogos 2013

Gambar dibawah adalah kebanyakkannya adalah gambar anak sulung perempaun penyanyi Kris Dayanti dan Raul Lemos yang namanya, Ariannha Amora yang kini dah berusia genap 2 tahun.

Anak ke-2 nya yang lelaki itu, Kellen Alexander tidak dipamerkan secara umum, kerana masih lagi kecil belum juga berusia setahun setelah lahir pada tanggal 12.12.12 yang lalu. -foto KapanLagi

Gambar Siti Nurhaliza v7 (lucu)

Ini adalah gambar versi ke-7 dari Datuk Siti Nurhaliza. Mukanya yang anggun dan ada juga yang lucu dibuat olehnya. Fesyen tudung pun sentiasa updates. Jadi lagilah terserlah kecantikannya. -Instagram ctdk

Shiha Mentor 5 Akui Album Tidak Laku

Biasalah kalau benda tak laku lebih-lebih lagi usaha kita untuk dijualkan, mana taknya mestilah sedih dan berkecil hati kan. Dan jika bersangkutan dengan selebriti yang baru lahir, phasa seperti ini perlu dijalani dan menerima hakikat yang ada.

Inilah yang terjadi kepada Nur Shiha naib juara Mentor 5 yang memetik portal GUA dimana dia mengalamai nasib tidak baik yakni hasil jualan album single pertamanya tidak mendapat sambutan mengalakkan.

Bahkan dirinya mengakui rasa kecewa dan menangis apabila mendapat tahu hal seperti ini terjadi pada dirinya.

Shila Amzah, Johan Asari Bercinta?

Terbaru dikhabarkan yang Shila Amzah kini mempunyai hubungan cinta dengan pelakon drama/filem Juvana, Johan Asari.

Memetik daripada sumber portal metrowealthpictures, ayah Shila, ND Lala tidak menafikan hak dan siapa sahaja pasanga Shila selepas ini.

Kiranya ND merestui jika Shila bercinta lagi.

Gambar Lisa Surihani Waktu Kanak-kanak

Comelnya melihat gambar Lisa Surihani ketika waktu kecil ni. Putih melepak dan rambutnya yang lebat menampakkan dia seorang kanak-kanak yang aktif.

Tip top sekarang dah menjadi isteri orang, isteri kepada Yusry KRU. Kot-kot anak dorang nanti mesti comel macam ni kan.

Gambar Setahun Anak Farah Diana

Rabu, 28 Ogos 2013

Dah genap setahun dah anak kepada pengacara Farah Diana atau lebih dikenali dengan Farah AF2. Nama anaknya, Elsa Johan yang comel ini sentiasa diberikan perhatian sepenuhnya, maklumlah anak sulung memandangkan Farah belum lagi kelihatan nak hamil/mengandung lagi. Jom layan. -Instagram farahdianaanuar

Azwan Ali Mahu Tunaikan Umrah Kali Ke-7

Azwan Ali memang seorang pengacara yang kontroversi. Kadang kala ada juga kenyataannya yang agak pedas keluar. Tapi dalam tidak disangka Azwan sudah enam kali menunaikan umrah yang terakhir kali baru-baru ni.

Dan sekali lagi, berhasrat nak tunaikan umrah tahun hadapan untuk kali ke-7. Kalau dilihatkan Azwan kini semakin berubah kepada kebaikan, dan penampilannya juga dah semakin baik. Ini petikan dari Azwan melalui portal GUA.

Tahniah! Syanie Hisham Sudah Bertunang

Tahniah kepada pelakon, Syanie Hisham kerana selamat bertunang dengan pasanganya seorang duda anak dua, Nadi Putera pada 10 Ogos yang lalu.

Berita ini dibongkar oleh Kosmo! semalam. Syanie juga tidak menunggu lama dalam membuat keputusan menerima lamaran pertunangan Nadi.

Johan Bangsat! Lawak Bodo!

Isu menghina pasukan bola sepak Sarawak pada minggu lalu oleh deejay radio swasta dikecam hebat oleh orang-orang Sarawak. Bahkan ada juga memberikan ancaman bunuh dikeluarkan.

Namun Johan Raja Lawak sudah pun meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini. Sebelum ini dikhabarkan yang deejay itu didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Teka Siapa Selebriti Kat Dalam Botol Minuman Ini

Pagi yang ceria ini pastikan anda minum pagi. Milo ke, teh tarik ke, nescafe ke, janji yang panas-panas. Kalau boleh yang ada gambar selebriti kat tin minuman yang korang nak minum tu.

Tapi rasanya sekarang sudah semakin kurang. Paling tidak, minuman sirap dan seumpamanya suatu masa dahulu. Ingat lagi tak botol minuman di atas ni, lama dah botol minuman ni, dah berkurun-kurun. Tip top kanak-kanak tu sekarang dah jadi selebriti dan isteri kepada orang dah.

cuba teka siapa dia? hehe.

Serius! Video Emma Maembong Mengamuk

Selasa, 27 Ogos 2013

Sesiapa pun kalau diganggu waktu tidurnya pasti akan mengamuk sakan kan. Emma Maembong juga tidak ketinggalan apabila ada yang merakamkan aksi tidurnya diganggu untuk dibangunkan.

Rasanya ini video serius dan bukan satu gurauan. Mungkin video ini sudah berkenaan oleh Emma sendiri dan dimuatnaik ke dalam laman sosial.

'Upgrade' Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

Gambar Diana Danielle Waktu Kanak-kanak

Comel juga melihat kelibat Diana Danielle ketika waktu kecil ni, tak sangka tip top dah besar cantik dan jadi jadi isteri orang, Farid Kamil. Oh ya apa perkembangan mengenai ibu Diana dengan Farid ek, hope baik-baik sahaja lah kan. Ntah jadi ke tak Raya lalu mereka berjumpa. :(

Gambar Terkini Anak Shera, Zahiril

Ini adalah gambar terkini anak kepada pasangan selebriti, Shera Aiyob dan juga suaminya, Zahiril Adzrin yang kini berusia 2 bulan lebih.

Nadi Anaqi kini memiliki rambut yang tebal dan mata yang bulat. Comel memang comel sebab seperti biasa lumrah keadaan bayi yang kecil. :)

Aidil Tidak Kenang Budi, Lupa Diri! - Rita Rudaini

Episod Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih lagi berlarutan. Kali ini mengenai isu nafkah anak-anak mereka yang dijaga oleh Rita Rudaini.

Sebelum ini Aidil menafikan yang dia tidak memberikan nafkah kepada Rita sebaliknya menganggap Rita cuba berbohong depan media dengan memburuk-burukan dirinya.

Gambar Zarina Zainuddin Terkini, Bermadu Membahagiakan

Isnin, 26 Ogos 2013

Pengacara Zarina Zainuddin mengakui yang hidup bermadu atau poligami adalah bahagia dan menafikan hidup bermadu itu mendatangkan masalah yang dianggap segelintir wanita.

Zarina yang sudah 20 tahun bermadu dengan ahli perniagaan mengakui menghormati isteri pertama ahli perniagaan itu.

Hot! Shila Amzah Bergambar Dengan Lionel Richie

Ha ni yang pelik ni, Shila Amzah kadang kala terlepas memuatnaik gambar ker, atau memang sengaja nak cari perhatian orang.

Ntah la, itu lah yang berlaku apabila Shila Amzah sekali lagi membuat kontroversi bergambar dengan seorang selebriti barat, Lionel Richie dengan cara dekat.

Shila Amin Melecur di Muka, Tangan dan Kaki

Penyanyi era 90-an kalau tidak silap yang popular dengan lagu Aku Sudah Jatuh Cinta Da Di Du, Noorshila Amin semalam mendapat kecelakaan apabila dirinya disambar aoi berpunca dari sebuah tong gas yang bocor di rumah anak sulungnya dekat Kepong.

Memetik laporan mStar, Noorshila memberitahu yang badang sebelah kirinya dari wajah,tangan dan kaki kini melecur. Dan bergegas ke klinik Selayang untuk mendapatkan rawatan susulan.

Gambar Anita Baharom Bertudung

Baru-baru ni mendapat berita yang Anita Baharom sudah bertudung. Dan sepertinya ketika dan sebelum bulan Ramadan yang lalu.

Baguslah macam itu, semoga berseri-seri rumahtangganya. Cantik dan anggun juga melihat dia bertudung ni. Instagram AnitaBaharom

Panas! Isu Rantai 'Salib' Yang dipakai Jehan Miskin

Kecoh juga minggu lepas apabila Jehan Miskin memakai rantai seakan-akan lambang salib bersama dengan isterinya. Namun rantai yang seperti salib itu disangkal dan dinafi sekeras-kerasnya oleh Jehan sendiri.

Jehan sudah menjelaskan hal yang sebenar dimana rantai seperti salib itu adalah logo pengakap namun ada juga masih orang yang terlalu sensitif mengenai rantai itu. Sehinggakan Jehan dimaki hamun dan menyindir hatinya.

Gambar Anak Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Ahad, 25 Ogos 2013

Ini pula anak kepada penceramah terkenal. Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Tapi tak pasti siapa nama anaknya ini, sudah berkahwin atau belum juga tidak dipastikan lagi, oleh itu segeralah dapatkan majalah Anis edisi September 2013 di pasaran sekarang. :) -Facebook Majalah Anis



Gambar Raya Ziela Jali dan Anak-anaknya

Sabtu, 24 Ogos 2013

Ini adalah gambar rasanya edisi terakhir Hari Raya selebriti dari Ziela Jalil di blog ini. Apa-apa pun mari kita lihat anak-anak Ziela yang dah semakin membesar terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid. - Instagram zielajalil

9 Bulan Bahagia Sebelum Bermasalah - RIta Rudaini

Akhirnya Rita Rudaini akui yang dia mengalami masalah rumahtangga setelah bertemu dengan ahli keluarga Aidil mengenai perkahwinan mereka di Thailand.

Ini adalah ucapan ringkat dari Rita yang memetik portal Bharian hari ini.

Kecoh! Stacy Masuk Islam..

Berita ini bersumber daripada portal Murai. Ntah benar atau tidak, tiada maklum balas atau status terkini dari Stacy di laman sosialnya.

Dikhabarkan Stacy sudah memeluk agama Islam pada hari Khamis kelmarin. Namanya bertukar menjadi Nur Aisyah Rabiah. Sebab memeluk kerana akrab dengan Akim.

Gambar Jasmin Hamid Yang Cun

Jumaat, 23 Ogos 2013

Walaupun dah berusia menjangkau pelakon vateran seusia pelakon era 90-an, tapi bila melihat Jasmin Hamid berada di kaca TV memang nampak muda dan penuh anggun. Berderau juga kadang-kadang melihat kelibatnya. -Instagram JasminHamid

Gambar Anak Angkat Stacy Terkini

Ini adalah gambar terbaru anak angkat Stacy, Bella Valentina. Gambar ada lembu tu bukan mereka pergi ke New Zealand tapi di ladang susu lembu beriklim sejuk dekat Ranau, Sabah. Tempat wajib yang dikunjungi pelawat yang datang ke Sabah, sebab sebijik seperti di New Zealand.

Gambar Percutian Keluarga AC Mizal di Gold Coast

Tidak dipastikan ini gambar selepas atau sebelum Raya, tapi pastinya mungkin selepas Raya memandangkan percutian kali ini di Australia bukan di Makkah.

Dato Ac Mizal dan keluarnya bercuti di Gold Coast Australia selain berkesempatan melawat tempat menarik, mertua Ac yang juga ibu kepada Emylia turut dibawa bersama. -Instagram Ac Mizal

Betty Benafe Amalkan Yoga Walaupun Mengandung

Musim sekarang ramai selebriti dan isteri selebriti yang hamil. Dan ada juga yang sentiasa berehat dan membuat sesuatu aktiviti yang ringan.

Namun lain pula ceritanya dari Betty Benafe yang memetik portal mStar semalam. Dia mengamalkan senaman Yoga semenjak berbadan dua yang kini berusia 5 bulan untuk memastikan baby dalam kandungan sihat.

Isteri Ezad Lazim Mengandung Anak Sulung

Tahniah kepada bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim yang diberitakan isterinya, Nor Azeana Ramli hamil/mengandung 4 bulan semenjak menjadi suami isteri pada 29 Mac 2013 yang lalu.

Gambar Siti Nurhaliza Dukung Rayfal

Khamis, 22 Ogos 2013

Sudah berusia 4 bulan Putera Rayfal anak kepada Fasha Sandha ni. Kebetulan beberapa hari yang lalu, Siti Nurhaliza ada pergi bertemu dengan Fasha Sandha sekaligus mendukung Putera Rayfal dan menemai Fasha Sandha menyusu di sebuah bilik.

Tidak dipastikan kedatangan Siti untuk beraya atau lain-lain hal. -Instagram FashaSandha

Gambar Percutian Awal, Scha di Australia

Jika Aaron Aziz pergi berbulan madu ulang tahun perkahwinan dengan isterinya, kali ini giliran Awal Ashaari dengan isterinya, Scha al Yahya ke Mount Buller di Victoria, Australia yang beriklim salji.

Namun kepermegian mereka bukan sahaja berdua malah turut dihadiri oleh ahli keluarga dari sebelah Scha.

Pasha Ungu Timang Anak ke-2

Tahniah kepada Pasha dari band Ungu kerana isterinya, Adelia Wilhelmina selamat melahirkan putra cahaya mata ke-2 perempuan bersamaan hari kemerdekaan Indonesia, 17 Ogos yang lalu bersamaan 8.45 pagi.

Mereka menamakan cahaya mata ke-2 tersebut dengan nama Sakha Dayana Yusuf.

Tenaga Pengajar AF 2013

Kepada peminat program realiti Akademi Fantasia musim terbaru, pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahu siapakah tenaga pengajar dalam rancangan itu.

Mereka yang terpilih adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Namun difahamkan tidak ada seorang pegetua kali ini yang dilantik seperti musim terdahulu.

Isteri Ustaz Don Disahkan Hamil


Diberitakan yang penyampai program tv terkenal, Ustaz Don Daniyal bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Difahamkan memetik portal SinarHarian, isterinya, Husna kini berbadan dua yakni hamil.

Namun Ustaz Don enggan mendedahkan berapa usia kandungan anak sulungnya itu setelah mendirikan rumahtangga sejak 23 Ogos tahun yang lalu.

Zul Ariffin Cedera di Muka

Rabu, 21 Ogos 2013

Kesihan juga melihat kelibat pelakon, Zul Ariffin yang dikhabarkan mengalamai luka di bahagian mukanya akibat terjatuh.

Menurut sumber portal GUA, Zul memberitahu yang dia terbagun lalu terjatuh kerana pitam lalu kepalanya mengenai alamari di dalam rumahnya dekat Taiping.

Video Tanya Spender oleh Sharifah Sakinah

Ada lagi video yang ntah apa-apa ntah dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di dalam laman sosial Keek. kali ini melibatkan pelawak Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.

Video bukan alang-alang, bercakap pasal seluar dalam atau spender yang mereka pakaikan. Giler siot punya soalan, korang nak jawab dengan jujur atau tidak? atau enggan menjawabnya lagi bagus.

Gambar Percutian Aaron Aziz, Diyana di Maldives

Gambar dibawah adalah percutian pelakon popular, Aaron Aziz dengan isterinya, Diyana di pusat peranginan tercantik di dunia, pulau Maldives.

Percutian ini bukanlah hanya suka-suka, tapi mahu meraihkan bersempena ulangtahun ke-10 tahun perkahwinan mereka.

Gambar Perkahwinan Nur Fatimah, Jeffery

Inilah adalah gambar perkahwinan penyanyi Nur Fatimah dengan suaminya yang juga berketurunan Mat Salleh warganegara Australia, Muhammad Jeffrey.

Perkahwinan ini diadakan di Bora Ombak dekat Ampang pada 18 Ogos lalu. Perkenalan mereka bermula sejak tahun Ogos 2012 dimana bertemu di restoran ala Thai di Australia.

Black Umum Tarikh Pernikahan/Perkahwinan

Semalam Black Mentor mengumumkan tarikh pernikahan/perkahwinannya dengan tunangnya, Naquia pada 13 September 2013 ini sebelum solat Jumaat dimulakan.

Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 14 September 2013 yang juga akan berlangsung di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pengumumnan dibuat di Zabra Square itu dengan dihadiri oleh ibu bapa Black sendiri. 

Kahwin itu Membosankan - Haliza Misbun

Selasa, 20 Ogos 2013

Ni lah kalau tidak ikut sunnah Nabi, yang dianggap kahwin pun dikatakan bosan tidak tahu apa kebaikan dan hikmah disebalik perkahwinan itu. Haliza Misbun yang kini berusia 40 tahun itu kini berstatus bujang dan difahamkan melalui portal Kosmo! dia enggan berkahwin dan rela hidup membujang diatas sebab tekanan dari pihak keluarga dan kawan-kawan.

Tapi niatnya itu tidak untuk tempoh yang panjang, cuma mengakui menunggu lelaki yang betul-betul sesuai barulah mahu berkahwin. Tapi tidak diketahui berapa umur yang Haliza sendiri target kan, memandangkan semua orang sudah tahu, 'saham' wanita bila semakin berusia semakin merosot, berbanding lelaki yang semakin berusia 'saham'nya makin naik. :)
“Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.”

“Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” -Haliza

Nina, Jovian Kahwin 11-12-13

Menurut sumber kakak kepada penyanyi Dafi, Nina akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Jovian Mandagie pada tarikh 11 Disember 2013 atau dengan tarikh nombornya, 11-12-13.

Jovian merupakan pereka fesyen terkenal yang membuat busana pengantin yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Scha Tak Mengandung Sebab Suami Kerja di Lorong...

Ini adalah video bulan yang lalu. Dan menampakkan video yang berseloroh dari Scha al Yahya mengenai kenapa dia tidak mengandung/hamil setelah setahun bernikah dengan Awal Ashari.

Dengan nada bergurau, Scha mengatakan suaminya kerja di lorong-lorong. Apa maksud kerja ini, korang paham-pahamlah, tapi rasanya Scha memang bergurau pun. Hehe.

Updates: Gempar! Adi Putra Dimasukan ke Hospital Surabaya

Semalam pagi diberitakan yang Adi Putra yang berusia kini 32 tahun dimasukan ke hospital di Surabaya, Indonesia kerana masalah kesihatan.

Namun keadaan Adi tidak kritikal mana, Adi kini ditemani oleh isterinya, Zuhaidah Yusof yang berusia 38 tahun.
"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul. Utusan
Dikemaskini, punca sebenar masalah kesihatan ini berlaku disebabkan Adi menghidap penyakit batu karang di saluran pundi kencingnya, dan kini selamat menjalani pembedahan pembuangan batu berkenaan.